Wednesday 17 August 2011

SABAHKINI.NET MEDIA BARU RAKYAT SABAH



SELENGGARA....Kerosakan jalan Kg Cahaya baru sedang diselenggarakan oleh pihak yang berkenaan.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : MOHAMED HJ UTUNG

JALAN raya yang rosak teruk di Kampung Cahaya Baru, Batu 3, Jalan Utara Sandakan telah menjadi isu besar di kalangan penduduk setempat dan pernah dihebahkan di Sabahkini.Net tiga bulan lalu, kini sedang disenggelarakan oleh pihak yang berkenaan.

Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) kawasan Elopura, Mohamed Hj Utung (gambar sisipan) yang memberitahu Sabahkini.Net kelmarin, bahawa banyak masalah rakyat yang telah disebarkan di portal ini amat berkesan dan 40 peratus daripadanya sudahpun diambil tindakan oleh pihak yang bertanggungjawab.

“Saya amat menghargai khidmat dan keberanian wartawan Sabahkini.Net yang sering menyelongkar perkara-perkara songsang sehingga mendapat perhatian oleh pihak kerajaan. Syabas Sabahkini.Net!,” ujar Mohamed.

Kata Mohamed, beliau adalah peminat setia Sabahkini.Net kerana kebanyakan berita-berita yang tersiar di portal ini berasas dan bukan direka-reka.

“Sebagai contoh, kerosakan Jalan Kg Cahaya Baru yang sekian lama tidak dipedulikan, tetapi setelah tersir di Sabahkini.Net jalan ini terus disenggelara. Begitu juga dengan Lif Pasar Umum; Kebocoran batang paip di bangunan Blok 17 Taman Mesra, Jalan Taman Mesra dan Air Bertakong di hadapan Fong Ming Supermarket Gum-Gum. Semuanya telah diambil tindakan oleh MPS,” ujar Mohamed yang berbangga dengan tindakan pro-aktif MPS yang menjawab persoalan yang ditimbulkan melalui tindakan segera memperbaiki kerosakan, tanpa kecil hati dengan teguran media.

Jelas kini bahawa peranan Sabahkini.Net, kata Mohamed merupakan media baru yang semakin diterima oleh masyarakat sejajar dengan slogannya, ‘Membongkar Kebenaran, Mempertahankan Kejujuran’; selaras sebagai wadah suara dan rintihan rakyat.

“Sebagai pegawai kerajaan yang dimanahkan untuk menjaga kawasan Elopura, saya ingin yang terbaik dan segala masalah rakyat yang dihadapi jangan terlalu lama dibiarkan. Kelak akan mengundang kebencian rakyat, bukan saja kepada wakil rakyat tetapi kesan dan tempiasnya juga kena kepada kerajaan Barisan Nasional (BN),“ tegasnya lagi.

No comments:

Post a Comment