Thursday 18 August 2011

SAYA TERBAIK DI MALAYSIA!



Oleh : HERMAN PAYMAN

TOKOH ‘Penggubahan Wang Haram’ ternama di Asia, Michael Chia Tien Foh kini menggelarkan dirinya sebagai ‘Lelaki Terbaik di Malaysia’ kerana dapat menjinakkan SPRM dan menjual nama tokoh terkemuka Malaysia termasuk Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman; Peguam Negara Tan Sri Gani Patail; Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohammed dan terkini Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien.

Buktinya, kes penggubahan wang haram yang dihadapi beliau di Hong Kong masih menjadi tanda tanya dan belum ada tanda-tanda kes beliau akan dibicarakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) di Mahkamah Hong Kong sejak ditangkap 2008; sehingga media mengaitkan beliau dengan Ketua Menteri Sabah.

Kelmarin, Michael Chia adalah lelaki paling gembira di Malaysia kerana kereta Ferari dan Porshe yang ditempahnya sampai bagi melengkapkan koleksi kereta mewahnya. Sebelum ini Michael Chia telah membeli dua buah Skyline, dua buah Alphard, BMW X6, Lamborghini, Ferari dan Porsche hasil daripada penggubahan wang haram.

Bungalownya di Taman Tyng, Sandakan dan Melbourne, Australia; serta ratusan juta dollar wang tunai yang disimpan di beberapa bank di Singapura, Hong Kong dan Australia membuktikan penggubahan wang haram menjadi ‘karier’ paling menguntungkan di Malaysia.

Serbuan Lembaga Hasil Dalam Negeri hanya seperti menderma 0.000000000000001 peratus daripada kekayaannya yang terkumpul hasil penggubahan wang haram.

Oleh itu tidak hairan jika Timbalan Presiden LDP, Senator Datuk Chin Su Phin sedang mencontohi Michael Chia, namun menggubah wang haram melalui modus operandi projek NKRA yang diketuai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

No comments:

Post a Comment