Sunday 14 August 2011

SHAFIE UMUM RM130 JUTA UNTUK PARLIMEN SILAM



MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kerajaan memperuntukkan RM130 juta tahun ini untuk membangunkan pelbagai inftrastruktur asas di kawasan Parlimen Silam.

Beliau berkata ada antara projek infrastruktur berkenaan seperti jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik yang dilaksanakan di daerah Kunak, Lahad Datu dan daerah kecil Tungku itu telah siap, ada yang dalam pembinaan dan sebahagian lagi dalam proses pelaksanaan.

"Peruntukan berkenaan juga termasuk pembinaan 200 rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Ada di antaranya sudah siap dibina," katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Badan Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) dan Pegerakan Pemuda Umno Silam di Tawau, Sabah.

Shafie berkata antara projek lain yang dilaksanakan melalui peruntukan itu ialah jalan Sri Putatan, Tungku yang bernilai RM27 juta, Jalan Ulu Teburi (Lahad Datu)-Tungku (RM18.8 juta) dan jalan Bakapit (RM15.6 juta).

Beliau berkata kementerian itu juga telah meluluskan projek janakuasa elektrik mengunakan tenaga solar bernilai RM80 juta di Tanjung Labian bagi membekalkan elektrik kepada penduduk di kawasan pulau berkenaan. (BERNAMA).

No comments:

Post a Comment