Wednesday 17 August 2011

SIAPA GUBAH WANG HARAM, CHIN ATAU MUSA AMAN?



Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

BAK kata pepatah, hanya pencuri yang boleh menangkap pencuri. Oleh itu tidak hairanlah jika Timbalan Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin tampil membongkar kembali isu Penggubahan Wang Haram di Hong Kong yang didakwa melibatkan Ketua Menteri Sabah.

Aktivis Masyarakat, Abdullahsani Haji Abdul Salleh yang menghubungi Sabahkini.net di Kuala Lumpur untuk membuat kenyataan terbuka bagi membidas kenyataan Chin Su Phin di Free Malaysia Today bertajuk ‘Money-Laundering Probe Hangs Over Musa’.

Kata Abdullahsani, mungkin tidak ramai tahu bahawa Chin Su Phin seorang ‘Pencuri Professional’ yang telah lama terlibat dengan Skandal Penggubahan Wang Haram iaitu melalui kaedah menggunakan syarikat ‘Dorman’ untuk mendapatkan tender mega daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Dalam modus operandi kes sebelum ini, Abdullahsani menegaskan Chin telah menggunakan 74 syarikat; sebahagian besarnya syarikat ‘Dorman’ atau tidak aktif untuk melobi 16 projek NKRA KKLW sebagaimana yang didedahkan oleh Naib Ketua Cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan melalui artikel bertajuk ‘SPRM Digesa Siasat 16 Projek Mega Nkra’.

“Kesemua 74 kontraktor berkenaan digunakan hanya untuk mencukupkan korum bagi Tender Terhad bagi 16 Projek NKRA yang majoritinya dilaksanakan oleh Chin kerana 16 kontraktor yang memperolehi projek berkenaan adalah Kroni dan Proksi menteri KKLW, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal,” kata Abdullahsani yang menegaskan beliau mempunyai bukti bahawa kos projek berkenaan di’Top-up’ sehingga enam kali ganda daripada anggaran asal.

Kata Abdullahsani, beliau akan dedahkan satu persatu apabila tiba masanya dan ketika itu beliau berharap agar SPRM tidak menjadikan alasan Chin sebagai Senator BN atau orang kuat Shafie Apdal untuk tidak mengambil tindakan.

“Layakkah Chin bercakap tentang Skandal Penggubahan Wang Haram di Hong Kong yang kononnya melibatkan Musa Aman sedangkan taraf beliau sama dengan Mantan Ketua Menteri Melaka yang mendedahkan Skandal Video Seks yang melibatkan pemimpin pembangkang sebelum ini,” kata Abdullahsani yang menyatakan Chin tidak tahu hujung pangkal kes Hong Kong, tetapi bertindak atas arahan ‘Boss’ untuk mengheret Musa Aman dalam kancah politik.

Tegas Abdullahsani, apa bukti yang Chin ada untuk menuduh Musa Aman terlibat dalam Skandal Penggubahan Wang Haram, sedangkan ICAC atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah memanggil Musa Aman untuk memberi keterangan atau mengaitkannya.

Setakat ini kata Abdullahsani, hanya Michael Chia Tien Foh dan rangkaiannya termasuk Peguam Kanan, Richard Barnes yang dilibatkan dalam kes berkenaan ekoran penangkapan Michael Chia di Lapangan Terbang Hong Kong pada 2008.

Sebaliknya kata Abdullahsani, beliau mempunyai bukti Shafie telah membiayai kos penerbangan dan upah anak saudaranya, Ramzan Abdul Wahab dan Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin melalui projek KKLW bagi membolehkan mereka membuat laporan di ICAC di Hong Kong.

Isu ini juga, kata Abdullahsani pernah disiarkan Sabahkinimirror bertajuk ‘Shafie Khianati BN, Lulus Projek Kepada PKR?’

“Jika benar Musa Aman terlibat dengan Kes Penggubahan Wang Haram, maka kenapa Shamsul dan Ramzan perlu terbang ke Hong Kong untuk membuat laporan terhadap ICAC sedangkan bukti yang ada ditangan ICAC menunjukkan wang 16 juta Dollar Singapura dirampas tersebut milik Michael Chia,” kata Abdullahsani yang menggesa agar Chin tidak mempolitikkan isu berkenaan semata-mata bagi memenuhi syarat mendapatkan 16 Projek NKRA KKLW.

Rakyat Sabah, kata Abdullahsani bukan mudah diperbodohkan oleh Shafie Apdal dan Michael Chia yang mengheret Musa Aman dalam Teori Konspirasi Kudita Politik sedangkan hakikatnya, Michael Chia cuba menyelamatkan diri dengan mencipta pelampung penyelamat dalam fikiran; tetapi dapat dibaca SPRM dan ICAC.

Tegas Abdullahsani, ICAC adalah sebuah badan paling telus di Asia Tenggara dan tidak akan bertolak ansur jika Musa Aman terlibat dalam skandal berkenaan kerana mereka sanggup datang ke Malaysia untuk memburu Michael Chia dan Richard Barnes; tetapi tidak pernah menemui Musa Aman.

Sehubungan itu, Abdullahsani menggesa agar Chin tidak menjadi ‘Kuda Tunggangan’ Shafie untuk melumpuhkan politik Musa Aman dan melancarkan Kudita sekali lagi setelah gagal beberapa kali sebelum ini.

“Dengan kedudukan ekonomi yang kukuh iaitu mendapat Rating AAA, Sabah berada dalam keadaan yang selamat dan selesa sebagai Fixed Deposit BN. Mungkin inilah yang menyebabkan Shafie tidak sabar untuk melakukan Kudita untuk merampas jawatan Ketua Menteri,” kata Abdullahsani yang menyifatkan Shafie adalah ‘Saki Baki Waris Tun Sakaran’ yang perlu dilenyapkan daripada persada politik Sabah kerana menjadi pengacau kepada sistem ekonomi modern yang sedang dipacu Musa.

Abdullahsani menggesa agar rakyat Sabah menonton dua videoklip beliau di SabahkiniTV bertajuk ‘Shafie Ternak Haiwan Politik’ dan ‘Enjit-Enjit Semut Siapa Sakit Jangan Marah’ sebelum mempercayai pembohongan Chin dan Shafie yang disifatkannya sebagai penjenayah yang melakukan sabotage terhadap ekonomi Sabah dengan melakukan Penggubahan Wang Haram melalui Projek NKRA KKLW.



18 comments:

  1. Siapa yang bersalah harus mendapat hukuman setimpalnya.

    ReplyDelete
  2. Pastikan jika pertuduhan dibuat bukt2 harus ada untuk menyokong pertuduhan itu.

    ReplyDelete
  3. tiada bukti pun yang mengaitkan Musa dengan isu penggubahan wang haram..

    ReplyDelete
  4. Setakat ini tiada kabar menunjukkan CM terlibat dalam kes tersebut. Sengaja mahu menjatuhkan CM.

    ReplyDelete
  5. Lambat laun semuanya akan terbongkar juga.

    ReplyDelete
  6. apa pun ini isu lama yang tidak perlulah dibangkitkan lagi kerana tiada bukti pun.

    ReplyDelete
  7. cerita ni hnya sekadar untuk jatuhkan nama baik Musa, tak ada bukti pun musa terlibat

    ReplyDelete
  8. apa kata pengadilan di mahkamah? sebelum ini pun isu ni ditimbulkan dan belum ada bukti bahawa KM terlibat sama.

    ReplyDelete
  9. musa aman tidak terlibat dalam kes penggubahan wang haram seperti mana dikatakan oleh sesetengah pihak..

    ReplyDelete
  10. musa difitnah semata-mata untuk menjatuhkan kreadibiliti beliau selaku KM sabah..

    ReplyDelete
  11. siasatan masih dijalankan..

    namun yang pasti, musa tidak terlibat..

    ReplyDelete
  12. Belum ada hasil penyiasiatan lagi, susah mahu membuat penilaian.

    ReplyDelete
  13. Baik kurangkan spekulasi sebelum ada bukti, kebenaran mesti akan timbul nanti, kita tunggulah dan lihat.

    ReplyDelete
  14. mungkin memang betullah ada pihak yang merancang untuk menjatuhkan KM Sabah.. saya rasa pihak yang melakukan cubaan merampas kuasa itu juga patut disiasat kerana tindakan mereka itu boleh mengganggu kerja2 mentadbir negeri ini.

    ReplyDelete
  15. Chin sepatutnya tidak perlulah mengeluarkan kenyataan seperti ini jika tidak ada bukti menuduh orang lain.

    ReplyDelete
  16. Chin Su pin macam dipergunakan oleh pihak lain. Tengok sendiri sengaja mahu menjatuhkan Musa. V.K Liew sendiri tidak begini, Timb. LDP pula yang lebih-lebih.

    ReplyDelete
  17. Betul itu, tidak ada bukti tidak payahlah cakap. SPRM dan ICAC sendiri tidak ada bukti mahu menuduh dan menyalahkan Musa Aman. ICAC badan yang tidak apa balas kesian mengenai kes Rasuah dan sebagainya. Jika benar Musa Aman terlibat sudah lama beliau ditangkap tapi lihat sendiri, Musa Aman tetap tidak ada diambil tindakkan. Kerana mereka tahu bahawa Musa Aman cuba dianiaya oleh orang lain. Melemparkan kes ini kepada Musa tapi semua itu tidak benar.

    ReplyDelete
  18. nak kaitkan orang tapi tak ada bukti, sapa nak percaya. ICAC dan SPRM tau bagaimana nak siasat kes ini, tak perlulah nak pandai2 buat cerita.

    ReplyDelete