Sunday 7 August 2011

SIAPA TANGGUNG DOSA GOLDEN CHURN?



Oleh : IBN ABDULLAH

KHUSUS untuk umat Islam! Kalau anda tiada kemudahan akses kepada media cetak, elektronik atau media siber, nescaya memang saban bulanlah anda menjamah mentega yang dicampur dengan lemak babi!

Anda pasti tidak akan tahu jika tiada sesiapa yang ambil pusing untuk memberitahu anda tentang isu makanan yang dijual secara berleluasa di pasaraya dan kedai-kedai runcit yang sengaja dicemari dengan lemak babi.

Badan yang dipertanggungjawabkan bagi memantau penguatkuasaan logo HALAL agar tidak diselewengkan semacam bertindak sambil lewa di atas tindakan biadap oleh pengeluar bahan makanan yang sengaja dicampur dengan lemak babi!

Isu mentega berjenama GOLDEN CHURN yang mempunyai logo halal, telah didedahkan oleh Majlis Islam Sarawak sebagai mengandungi DNA babi! Apa pula itu DNA babi? Senang cakap, ia adalah lemak babi yang dihasilkan daripada tubuh babi dan haram untuk dimakan oleh umat Islam.

Semacam ada campurtangan politik kerana mahu mengumumkan GOLDEN CHURN haram pun agak sukar; sedangkan kerajaan sewajarnya mengatakan bahawa mentega GOLDEN CHURN itu haram kerana ada kandungan daging babi di dalamnya. Noktah!

Persoalannya, cukupkah hanya setakat umumkan GOLDEN CHURN yang dikatakan stoknya telah banyak disimpan oleh pembuat kek Sarawak seawal 3 bulan yang lalu sebagai haram? Cukup? Umum sahaja haram kemudian tiada apa-apa tindakan susulan dari segi pendakwaan ke atas pengeluarnya kerana jenayah memalsukan atau membohongi pengguna dengan meletakkan label 'halal' di luar tin mentega tersebut!

Kenapa pula JAKIM/Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri cepat bertindak ke atas penceramah-penceramah pembangkang yang menyebarkan ilmu Islam dengan memanggil polis dan terus menangkap penceramah-penceramah untuk dihadapkan ke mahkamah kerana kononnya berceramah tanpa tauliah?

Buktinya, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin dihadapkan ke mahkamah kerana berceramah tanpa permit. Tok Guru Nik Aziz (diharamkan oleh Khir Toyo dari berceramah di masjid-masjid sewaktu Khir Toyo menjadi MB Selangor), Dr. Haron Din semasa memberi kuliah di Selangor (sewaktu UMNO masih berkuasa), telah diganggu oleh pihak berkuasa dan kuliah terpaksa dihentikan.

Pemalsuan logo 'Halal' berlaku secara berleluasa, baik di restoran-restoran mahupun yang diletakkan dalam plastik bungkusan daging 'ayam cucuk'. Saya cukup terkilan bila melihat ramai pengguna Islam ambil sikap tidak peduli ketika membeli daging 'ayam cucuk' di pasaraya yang 'tukang cucuk' nya dari keturunan OM (Orang Timor dari Indonesia).

Selagi tiada tindakan tegas dan peruntukan undang-undang yang keras bagi membendung gejala merosakkan 'aqidah' umat Islam melalui penjualan makanan haram yang dipalsukan sebagai halal ini, maka selama itulah umat Islam mesti percaya bahawa makanan yang membentuk daging badan kita ini juga mempunyai unsur-unsur haram.

Saya masih ingat amaran sepotong ayat al-Quran yang menegaskan bahawa, “daging umat Islam yang terbentuk daripada benda-benda haram, maka neraka jahannamlah yang layak baginya.”

No comments:

Post a Comment