Tuesday 23 August 2011

SKIM EMAS ALA ‘AH LONG’ DI MAYBANK?


Saudara Pengarang,

PELABURAN emas semakin tidak terkawal, terutama dalam keadaan sekarang apabila Dollar Amerika jatuh mendadak sehingga harga emas di pasaran Malaysia melonjak sehingga RM213 satu gram.

Saya salah seorang pelabur malang yang tersilap membuat pelaburan emas di Maybank kerana terpedaya dengan kempen yang dilancarkan sehingga tidak sedar telah ditipu Maybank dan kerugian sejumlah besar wang sehingga terpaksa menjual semula emas tersebut.

Tanpa kawalan Bank Negara Malaysia, Maybank telah bertindak seperti ‘Ah Long’ iaitu merompak keuntungan perniagaan emas dengan menetapkan harga di bawah harga pasaran sehingga pelabur rugi berkali ganda, berbanding dengan bank lain.

Kelmarin, harga belian emas di CIMB pada kadar RM182.50 tetapi Maybank hanya menetapkan harga belian pada RM175.42, manakala Saudagar Emas membeli pada kadar RM187.20.

Bayangkanlah jika anda melabur 500 gram emas, seperti yang saya lakukan dua bulan lalu dengan membeli emas di Maybank pada kadar RM153.30 segram iaitu RM76,650. Memandang terdapat perbezaan yang begitu ketara kelmarin dengan harga CIMB, maka saya terpaksa menjual pada kadar RM175.42 segram iaitu RM87,710 iaitu mencatat keuntungan RM11,060 sahaja.

Jika dibandingkan dengan CIMB, saya akan mendapat RM91,250 daripada hasil penjualan semula emas tersebut. Jika ditolak kos pembelian saya RM76,650; maka saya akan memperoleh keuntungan RM14,600.

Ini bermakna Maybank telah merompak keuntungan saya sejumlah RM3,540. Apakah ini dibenarkan Bank Negara Malaysia? Jika ya, baik tukarkan sahaja nama Maybank kepada Ah Long Private Limited!

Salam Hormat,

MANGSA PENIPUAN MAYBANK

1 comment:

  1. Cuba tengok harga masa beli, sama tak dengan harga di CIMB? Kalau sama atau lebih tinggi, barulah betul ah long berlesen. kalau lebih rendah, maka betullah apa yang maybank buat tu.

    ReplyDelete