Tuesday 2 August 2011

TANPA INTERNET, PELAJAR TERASING



MESRA….Kelihatan V.K.Liew sedang memperkatakan sesuatu kepada salah seorang penuntut.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Kiong telah mengageh-agehkan sebanyak 918 unit set komputer 1 Malaysia kepada para penuntut di dua buah sekolah menengah antaranya Sekolah Menengah St Cecila 372 unit dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hwa Sandakan sebanyak 546 unit kelmarin.

Dalam ucapan ringkasnya di majlis upacara penyampaian sumbangan tersebut, V.K Liew antara lain menjelaskan ini sejajar dengan perkembangan ICT yang semakin berkembang pesat; para penuntut wajar mempelajari menggunakan internet secara bestari agar mereka tahu keadaan dunia luar.

Liew berkata di zaman serba moden ini, kalau kita tidak tahu menggunakan komputer atau melayari laman web, kita seolah-olah berada ataupun kembali ke era 60-an.

ALBUM.....1 Malaysia para penuntut SMK St Cecial bersama-sama V.K Liew.

Mengimbau kembali pesanan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad, bahawa setiap keluarga di rumah mesti mempunyai seunit komputer ini selaras dengan perkembangan dunia ICT yang tiada sempadannya.

Bercakap kepada Sabahkini.Net, V.K.Liew mengakui ada beberapa buah sekolah lagi di kawasan Parlimen Sandakan yang belum menerima set komputer 1 Malaysia, tetapi berjanji akan menyelesaikan isu berkenaan dalam masa terdekat.

Liew yang juga selaku Ahli Parlimen Sandakan, menasihati kepada para penuntut yang telah menerima set komputer seumpamanya agar digunakan dengan sebaik-baiknya dan jangan melayari laman-laman yang boleh menyebabkan mereka leka; sehingga lupa kepada pelajaran kerana internet adalah dunia tanpa sempadan.

No comments:

Post a Comment