Thursday 25 August 2011

WANG DERMA NADI UTAMA CHESIRE HOME




MESYUARAT....Hee sedang membincangkan sesuatu ketika mempengerusikan ‘2nd Home Management Meeting Cheshire Home’.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

MESYUARAT Pengurusan yang ke 2 kali (2nd Home Management Meeting) Persatuan Rumah Amal Cheshire Home Sabah-Sandakan telah diadakan di Bilik Gerakan persatuan tersebut di Sandakan, kelmarin.

Mesyuarat yang bermula dari jam 2.40 petang telah dipengerusikan sendiri Lawrence Hee Qui Shing antara lain membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti persatuan tersebut.

Dalam ucapannya, Hee mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan Hong Leong atas derma mereka sejumlah RM26,000 dan derma peribadi Ahli Parlimen Batu Sapi RM1,000.

Katanya, semua sumbangan yang diterima daripada para dermawan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan semua dana yang dikutip itu akan digunakan sebaik-baiknya untuk mentadbir urus perjalanan aktiviti persatuan.

Orang ramai yang ingin menjadi ahli persatuan ini amat dialu-alukan dengan mengisi borang keahlian dengan membayar yuran tahunan RM5 sahaja.

No comments:

Post a Comment