Tuesday 27 September 2011

18 KES HIV DAN 3 KES AIDS SETIAP HARI



BERUCAP…..Dr Zaitun menggesa agar ibubapa tidak boleh menyerahkan sepenuhnya tugas mendidik anak-anak kepada guru.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

MASA murid-murid bersama guru mereka agak terhad dan memerlukan kerjasama ibubapa untuk mendidik anak-anak mereka supaya berakhlak mulia dan mempunyai jati diri supaya mereka tidak mudah terjerumus ke kancah perbuatan yang tidak bermoral.

Dalam hal ini, ibu bapa tidak boleh menyerahkan bulat-bulat kepada guru-guru untuk mendidik anak-anak mereka kerana itu bukan di bawah tanggungjawab guru.

Presiden SAGA Sandakan, Dr Zaitun Yahya (Pakar Perubatan Keluarga UD 54) menjelaskan demikian, ketika memberi ucapan alu-aluan bersempena Pra-Pelancaran Hari AIDS Sedunia Peringkat Kebangsaan 2011 anjuran Jabatan Kesihatan Sandakan, dengan kerjasama Jabatan Pelajaran daerah dan SAGA yang dilansungkan di Dewan SMK Sandakan II di sini, baru-baru ini.

“Hari AIDS Sedunia disambut pada 1 Disember saban tahun bertujuan untuk memupuk kesedaran wabak AIDS yang disebabkan oleh jangkitan virus HIV,” kata Dr Zaitun.

Katanya lagi, saban tahun 1 Disember menjadi kebiasaan untuk memperingati mangsa-mangsa yang terkorban akibat AIDS-HIV dan kes pertama jangkitan AIDS di Malaysia dikesan pada tahun 1986 dan sehingga Disember 2004.

Dalam pada itu, sebanyak 64,439 kes jangkitan HIV telah dilaporkan, termasuk 9,422 AIDS dengan 7,195 kematian akibat AIDS dan pada tahun 2004 sahaja terdapat 18 kes HIV dan 3 kes AIDS pada setiap hari,” jelas Dr Zaitun.

AIDS ialah ‘Acquired Immnodeficiency Syndrome’ atau penyakit yang dihadapi apabila virus HIV melemahkan sistem pertahanan badan melawan penyakit, dan mengakibatkan kematian cara jangkitan AIDS.

Antaranya faktor mudah mendapat wabak HIV, kata Dr Zaitun, ialah melalui hubungan seks rambang dengan pasangan yang dijangkiti HIV, melalui proses perpindahaan darah yang dijangkiti melalui perkongsian jarum suntikan dadah atau melalui pemindahan darah yang telah dicemari virus HIV.

No comments:

Post a Comment