Sunday 18 September 2011

200 UNIT RUMAH UNTUK MANGSA BANJIR



MATERI…...Lajim (kiri) ketika mengiringi Ketua Menteri menandatangani plug sebagai simbol perasmian Kompelks Sukan Beaufort.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

SEBANYAK 200-unit rumah akan dibina membabitkan kos sebanyak RM 30 juta bagi mengatasi masalah banjir di kawasan Beaufort.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Hj Lajim Haji Ukin berkata projek perumahan yang bakal dilaksanakan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) itu akan dibina di atas tanah seluas 20 ekar di Kampung Selagon, Beaufort.

Katanya projek perumahan itu khusus bagi mereka yang sering terjejas teruk dan terpaksa dipindahkan setiap kali daerah Beaufort dilanda banjir.

Beliau berkata demikian kepada pemberita RTM ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Karnival Belia Beaufort 2011 dan Perasmian Kompleks Sukan Beaufort yang dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman di Beaufort.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort, rumah tersebut akan jual dengan harga murah sementara mereka juga boleh menyewa tetapi kalau berminat untuk membeli kita akan jual dengan harga berpatutan dan kelayakan orang membeli ini juga berpendapatan RM3,000 ke bawah.

“Pembinaan rumah ini bertujuan untuk mengatasi masalah mereka yang tinggal dan terjejas teruk, terutamanya di musim banjir yang kerap kali terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara ketika musim banjir berlaku,” katanya.

SOKONGAN….Musa bersama Lajim menunjukkan tanda isyarat 1 Malaysia bersama penyokong kerajaan semasa melawat gerai pemeran sempana program tersebut.

Sementara itu, bagi meningkatkan industri pelancongan di daerah Beaufort, kerajaan persekutuan turut meluluskan peruntukan RM3 juta bagi membina sebuah kompleks Keseniaan dan Kebudayaan Bisaya di daerah ini.

Lajim berkata kerja-kerja pecah tanah pembinaan kompleks itu dijangka dimulakan akhir tahun ini.

Katanya apabila siap nanti, kompleks itu akan dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan seperti auditorium dengan kapasiti 500 orang, padang, pentas terbuka, ruang pameran dan gerai makanan.

Menurut Lajim, Pusat Kebudayaan itu nanti bakal menjadi satu lagi destinasi pilihan pelancong apabila kunjungan ke pusat kebudayaan itu bakal dimasukkan sebagai salah satu pakej pelancongan di daerah ini.

No comments:

Post a Comment