Thursday 22 September 2011

4 TONGGAK KAYU UKUR KEJAYAAN PELAJAR



MESRA…Jamawi bersalaman dengan pelajar dan guru-guru sejurus tiba untuk merasmikan majlis tersebut.

JAAFAR ABDUL WAHID

EXCO Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Jamawi Jaafar mengingatkan golongan pelajar di daerah ini, supaya belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran dan hanya mengambil nilai-nilai yang murni daripada kepelbagaian, budaya serta kemajuan teknologi maklumat yang ada.

Katanya, insan cemerlang bukan sahaja boleh berfikir untuk mendapatkan ganjaran dari segi ekonomi bagi diri dan keluarga, malahan juga kreatif serta inovatif untuk membangunkan masyarakat.

"Senario semasa menyaksikan banyak kemelut sosial yang berlaku disebabkan kegagalan kita memahami empat tonggak yang sepatutnya iaitu belajar untuk mengetahui, belajar untuk melakukan sesuatu, belajar untuk hidup bersama dan belajar untuk menjadi sesuatu.

"Keempat-empat tonggak ini sepatutnya menjadi kayu ukur kejayaan sesuatu proses pendidikan dan pembelajaran," kata Jamawi ketika berucap merasmikan program Mitovasi bersama pelajar dan Majlis Rramah Mesra sempana sambutan Hari Aidil Fitri di dewan terbuka SM St. Anthony Tenom, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom menyeru para pelajar supaya menjadi contoh yang disegani dan berpandangan jauh, hormat-menghormati dan bertindak sesuai dengan empat tonggak pendidikan sejagat berkenaan.

INTIM….Jamawi (duduk menghadap) mengambil peluang untuk makan bersama-sama pelajar semasa majlis tersebut.

Katanya, untuk menjadi pelajar cemerlang yang menjadi sandaran keluarga, pelajar perlulah berusaha lebih gigih belajar tanpa bergantung sepenuhnya kepada pembejaran yang diperolehi di sekolah sebaliknya memanaafkan segala kemudahan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan di samping rajin membuat ulang kaji semasa berada di rumah.

Jamawi berkata, Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom telah meletakkan agenda pendidikan sebagai keutamaan program pergerakan itu bagi membangunkan modal insane, khususnya di kawasan pedalaman.

“Kita (Pemuda Umno) akan terus mengadakan program seumpama ini bagi memastikan pelajar-pelajar di daerah ini mencapai kejayaan dalam peperiksaan. Matlamat kita ialah menjadi Tenom sebagai antara daerah yang terbaik dan cemerlang dalam pencapaian akademik pelajarnya,” katanya.

No comments:

Post a Comment