Sunday 18 September 2011

90 % REMAJA BERISIKO TINGGI DIJANGKITI HIV/AIDS

WAWANCARA....Dr Zaitun sedang diwawancara oleh Wartawan Sabahkini.Net sambil diperhatikan oleh Chang, Exco SAGA.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

SANDAKAN AIDS Support Group Association (SAGA) berperanan sebagai penyedar kepada masyarakat, khususnya golongan remaja dan belia tentang bahayanya virus HIV/AIDS yang semakin merebak di negara ini kerana 90 peratus membabitkan golongan remaja dan belia.

Pendekatan SAGA kepada golongan belia yang berisiko tinggi, khususnya mereka yang sudah dijangkiti virus HIV/AIDS perlu mendapat rawatan. Bagi mereka yang terlalu gemarkan seks atau yang mengalami ketagihan melakukan seks bebas dengan pasangan masing-masing, perlu disedarkan agar mengindari perbuatan terkutuk ini.

Disebabkan seks rambang dan tidak dapat mengawal hawa nafsu menyebabkan mereka mudah dijangkiti virus HIV dan AIDS yang akan membawa padah diri sendiri dan juga orang lain.

Presiden SAGA Dr Zaitun berkata demikian semasa diwawancara oleh Wartawan Sabahkini.Net di majlis Makan Malam Mesra Merdeka Raya 1 Malaysia di Hotel Swiss Sandakan, malam kelmarin.

Katanya, SAGA akan terus mara kedepan untuk membantu mereka yang sudah ketelanjuran untuk mendapat nasihat supaya berhenti melakukan seks rambang dan tidak terlalu mengikut hawa nafsu sehingga memudaratkan diri sendiri.

Dr Zaitun berkata selanjutnya, SAGA akan mengorak langkah untuk menganjurkan pelbagai aktiviti khusus untuk ditujukan kepada golongan belia untuk membimbing akhlak mereka supaya menjadi manusia yang sempurna; di samping menjauhi perbuatan yang dilarang agama dan budaya.

Katanya lagi, malam mesra yang disambut ini sekaligus dengan dua perayaan antaranya Hari Raya Aidil Fitri dan kedua Hari Malaysia yang bertujuan untuk menghargai peranan dan sumbangan tenaga kerja ahli-ahli SAGA yang turut bekerja keras bagi menjayakan apa juga aktiviti yang dijalankan selama ini.

ALBUM....Dr Zaitun bergambar dengan ahli-ahli EXCO SAGA.

Dr Zaitun berkata, Majlis seumpama ini adalah merupakan kali keempat yang diadakan pada saban tahun.

Lebih 160 orang ahli-ahli SAGA termasuk ahli-ahli korporat telah menghadiri majlis ini sambil menikmati pelbagai hidangan juadah yang tersedia mereka turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan termasuk tarian kebudayaan beberapa etnik tempatan.

Dalam temubual berasingan dengan EXCO SAGA, Chang Shak Hung; antara lain menjelaskan pada masa ini tidak dapat dinafikan 90 peratus remaja dan golongan belia terjebak dalam melakukan kancah maksiat; khususnya melakukan zina bebas dengan pasangan masing-masing di setiap sudut atau di mana-mana tempat sahaja tanpa memikirkan risiko.

“Terdapat beberapa taman rekreasi yang telah dikenal pasti sebagai sarang maksiat bebas tempat mereka melakukan zina iaitu Taman Chong Thien Vun Bukit Bendera, Tangga Seribu, Taman Indah Jaya, Taman Rimba dan tempat-tempat lain termasuk di bangungan-bangungan kosong yang tidak berpenghuni,” jelas Chang lagi.

Chang menjelaskan lagi hasil daripada persetubuhan rambang mereka, yang tanpa noktahnya menjurus kepada penyumbang besar jenayah pembuangan bayi di tong-tong sampah hasil tabiat anak-anak muda sekarang yang sudah tidak takut dosa.

“Mereka hanya mengutamakan keseronokan dan membelakangkan soal maruah dan mencemar nama baik keluarga,” ujar Chang yang kesal kerana kebebasan dan kemanjaan melampau ibubapa menyebabkan kegiatan maksiat ini semakin sukar dikawal.

No comments:

Post a Comment