Wednesday 28 September 2011

BDD WESTON PERTAMA DI SABAH



RESMI…Lajim diiringi oleh Wong dan Kusnadi ketika menandatangani plug perasmian Pusat Komuniti BDD Kampung Weston.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Kerajaan tempatan telah melaksanakan sebanyak 6 buah Projek Merapatkan Jurang Digital (Bridging Digital Divide) BDD apabila projek BDD di kampung Weston merupakan yang pertama diwujudkan di negeri ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, antara lain tujuan projek BDD dilaksanakan bertujuan untuk mengurangkan jurang digitikal antara kumpulan miskin bandar dengan kumpulan kumpulan berkemampuan di bandar, serta menjadikan kumpulan sasaran menjadi celik ICT agar dapat memanfaatkan segala peluang digital yang ada.

Tambah Lajim lagi, program BDD juga memberikan peluang sama rata kepada kumpulan kurang berada dalam masyarakat untuk mengakses dan mengunakan maklumat dan pengetahuan melalui ICT untuk penciptaan nilai.

TERTARIK….Lajim diiringi oleh Wong dan Ahmad ketika melihat para belia yang melayari internet di Pusat Komuniti BDD Weston semasa majlis perasmian bangunan tersebut.

LANCAR…Lajim turut melancarkan Program 1 idea 1 Ringgit sempena majlis perasmian tersebut.

“Projek BDD kita laksanakan juga bagi meningkatkan penglibatan kumpulan miskin bandar ke dalam arus perdana proses pembangunan negara bagi merealisasikan Wawasan 2020,” katanya ketika berucap di Perasmian Pusat Komuniti BDD Kampung Weston, kelmarin.

Hadir sama Pegawai Daerah Beaufort Wong Foo Tin; Pengarah IT KPKT Asnolnizam Nasri; Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Beaufort Kusnadi Manuwar dan Pemimpin Kemajuan Rakyat Lumadan Ahmad Haji Momen.

Menurut Lajim, sejumlah RM 264,395 telah diperuntukkan bagi melaksanakan BDD Kampung Weston dengan pembelian perkakasan ICT, termasuk 20 unit komputer, 2 pencetak, sebuah pengimbas dan sebuah projektor.

TAHNIAH..Lajim menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pertandingan ICT.

“Kita berharap pembangunan Pusat Komuniti BDD ini dapat menwjudkan satu pusat kecemerlangan komuniti yang berfungsi sebagai pusat sumber untuk mencari maklumat dan rujukan melalui internet, di samping menjadi Pusat Latihan ICT termasuk latihan software dan Hardware,” tambah Lajim.

Sehubungan itu, Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berharap masyarakat di sekitar kampung Weston, khususnya golongan muda dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan tersebut untuk mempertingkatkan ilmu pengetuhan mereka dengan melayari kemudahan internet sebagai bahan rujukan dan mengelakkan diri dari melayari bahan yang boleh merosakkan imej, serta akhlak yang boleh menjejaskan nilai kehidupan mereka.

No comments:

Post a Comment