Sunday 25 September 2011

DUA KEJADIAN ROGOL BAWAH UMUR



Oleh : SHAIMON S JUMADI

GARA-GARA gagal mengawal nafsu, seorang remaja lelaki berumur lingkungan 19 tahun ditahan polis untuk siasatan bagi satu kes rogol gadis bawa umur yang didakwa dilakukannya dua tahun lalu.

Suspek ditahan berikutan satu laporan yang dibuat selepas keluarga mangsa mendapat tahu mengenai insiden itu baru-baru ini.

Mangsa yang berumur 11 tahun ketika insiden itu didakwa dilakukan remaja tersebut yang merupakan bapa saudaranya di rumah mereka di Kampung Sibugal Besar, Sandakan.

Dalam pada itu mangsa dikatakan takut untuk memberitahu keluarganya mengenai insiden itu kerana diancam oleh suspek.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang remaja perempuan berumur 15 tahun mendakwa dirogol oleh teman lelakinya berumur 16 tahun di rumah lelaki berkenaan di Kampung Gum-Gum, Batu 16, Jalan Labuk Sandakan pada 16 dan 18 September lalu.

Insiden itu diketahui apabila remaja perempuan itu dihantar ke Hospital untuk mendapatkan rawatan selepas mengadu tidak sihat.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata polis menyiasat kedua-dua kes tersebut di bawah Seksyen 376, Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment