Monday 12 September 2011

DUTA ANTI SAMPAH DI BANDAR KIM FUNG



Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : WONG TIAN CHOI

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Au Kam Wah berkata kewujudan Pasar Malam Kim Fung yang sudah berusia hampir setahun lalu yang diadakan saban hujung minggu membuka ruang kepada penduduk setempat untuk menceburi dunia perniagaan secara kecil-kecilan; khususnya berjaja untuk menjana pendapatan sampingan bagi menaikan taraf ekonomi mereka.

Namun demikian, warga penjaja Pasar Malam Kim Fung dinasihatkan supaya mengutamakan kebersihan persekitaran lingkungan kawasan pasar tersebut agar tidak membuang sampah sewenang-wenangnya di merata tempat.

Au Kam Wah berkata demikian ketika berucap merasmikan Kempen Anti Kutu Sampah-sempena pelancaran ‘Duta Anti Sampah’ di Bandar Kim Fung, malam kelmarin.

Dalam pada itu Au memuji sikap para penjaja khususnya para peniaga di pasar malam tersebut kerana mereka sentiasa patuh segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan agar mengutamakan penjagaan kebersihan di dalam kawasan lingkungan tersebut.

Au berkata, dengan jalinan kerjasama sepenuhnya semua penjaja terbabit, Pasar Malam Kim Fung merupakan pasar yang terbersih berbanding di kawasan lain.

“Saya mahu penjagaan kebersihan seumpama ini dijadikan satu amalan budaya yang sentiasa tersemat di hati sanubari masing-masing dan berterusan tanpa noktah,” ujar Au lagi.

No comments:

Post a Comment