Tuesday 27 September 2011

GERHANA SPRM DI ZAMAN NAJIB



Oleh : MUTALIB M.D

KEDUDUKAN kerajaan ‘1Malaysia’ diranking ke 56 Indeks Tranparensi Antarabangsa dengan 4.4 mata setaraf dengan Namibia dan Turki; bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan kerana Negara jiran, Singapura berkongsi ranking pertama dengan Denmark dan New Zealand pada kedudukan 9.3 mata.

Pada 27 Julai 2009, dalam Pelan Transformasinya, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak), telah mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), termasuk bidang usaha memerangi rasuah.

Kegagalan Malaysia mengeluarkan dirinya daripada ‘Status Negara Rasuah’ mungkin boleh dituding kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kerana beliau menteri yang dipertanggung jawabkan memerangi ‘Rasuah’; tetapi gagal mencapai sasaran yang ditetapkan kerana disifatkan banyak pihak sebagai hanya melancarkan ‘Perang Olok-Olok’.

SPRM di bawah Nazri dan Lembaga yang dilantik gagal memulihkan nista yang terpalit di badan yang diragui integritinya ekoran enigma kematian misteri Teoh Beng Hock dan Sarbaini; sehingga tewas dalam hampir semua kes berprofail tinggi.

Pelaksanaan Operasi 3B yang diketuai oleh SPRM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara bagi memperkasa operasi memerangi jenayah rasuah di negara ini agar lebih bersepadu, telus dan professional; tidak begitu menampakkan hasil kerana SPRM bukan badan ‘bebas’.

Persoalan integriti dan pembentukan ‘Good Governance’ sudah menjadi inti pati pokok perbincangan semua pihak kerana budaya rasuah amat sukar dikikis, terutama di kalangan kakitangan awam dan badan politik.

Sistem birokrasi perlantikan penjawatan awam di Malaysia, terutama bagi sebuah badan integriti seumpama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah dikekang oleh legislasi dan authoritarian sehingga bersifat tertutup, tidak berintegriti dan kurang dipercayai kredibilitinya.

Berbanding Indonesia, perlantikan kepimpinan Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK), sebuah badan anti rasuah adalah perlu melalui Parlimen kerana menurut Fasal 29, Undang-Undang Nombor 30 tahun 2002 tentang Komisi Pemberantasan Tindak Pidana Korupsi; dengan jelas menyebut bahawa mana-mana kepimpinan yang mahu dilantik menganggotai KPK adalah perlu dipilih oleh Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia berdasarkan calon yang diusulkan oleh Presiden Republik Indonesia.

Sewajarnya Ketua Pesuruhjaya SPRM di Malaysia juga boleh dilantik dengan menggunakan pendekatan yang sama bagi meletakkan nilai kebebasan dan kredibiliti SPRM pada peringkat yang lebih tinggi; Perdana Menteri boleh mencalonkan mana-mana individu yang berintegriti dan berkaliber untuk dipilih dan ditapis oleh Dewan Rakyat ataupun Parlimen Malaysia.

Sektor awam dan swasta berada di tengah-tengah kemelut rasuah yang membadai, dalam pola yang lebih besar dan melibatkan autoriti yang lebih tinggi iaitu sehingga di peringkat Menteri; tetapi SPRM tidak mampu untuk menggodam sistem pentadbiran kementerian kerana kuasa politik (authoritarian) mengatasi kuasa legislasi; seolah-olah menteri mempunyai ‘imuniti’ dan berada di luar jangkauan SPRM.

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) merupakan sebuah kementerian yang menterinya mempunyai ‘Kuasa Veto’ kerana boleh melantik ‘Tim’ sendiri untuk mentadbir urus, menyalur dana dan melantik ‘Agensi Tidak Bertauliah’ seperti RISDA dan FELCRA untuk menjalankan pemantauan projek.

Lembaga Penasihat SPRM yang dilantik sewajarnya mengarahkan SPRM menjalankan siasatan menyeluruh terhadap Lembaga Tender KKLW kerana salah satu bukti ketara berlakunya amalan rasuah ialah Tender Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid Fasa II di Pulau Banggi melalui tender bernombor KKLW.T.67/2011.

Lembaga Tender KKLW telah menerima 38 dokumen tender untuk projek berkenaan, salah satu daripadanya ialah TNBES, subsidiari Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang meletakkan harga RM55,520,848 (kedua terendah); namun KKLW menganugerahkan tender berkenaan kepada syarikat ‘BUKAN BUMIPUTERA’ (Usaha Serimas Sdn.Bhd) yang merupakan penender yang ke 26 terendah bernilai RM81,475,281.42.

Kejadian ‘Top-UP’ harga dilakukan secara wewenang, bagaikan dihalalkan oleh Kementerian Kewangan bagi semua tender KKLW dan seolah-olah dikecualikan daripada Tatacara Tawaran Biasa.

Mungkin ada yang tidak kena dengan Tender KKLW.T.67/2011 yang dikemukakan oleh Usaha Serimas Sdn.Bhd syarikat yang dimiliki Felix Kugan dan Adrian Maurice Dominic kerana menciplak spesisifikasi TNBES.

Persoalannya, apa hubungan Felix Kugan dan Francis Kugan yang merupakan salah seorang pegawai di SESB Sabah dan bagaimana dokumen tender TNBES boleh dimiliki oleh Usaha Serimas Sdn.Bhd?

Mungkinkah SPRM menganggap bahawa projek ‘Top-Up’ yang diamalkan bukan rasuah sedangkan sebagai sebuah institusi teknikal, TNBES lebih mahir dan berpengalaman melaksanakan setiap projek bekalan elektrik termasuk Sistem Elektrik Hibrid; meletakkan harga yang munasabah iaitu mempunyai keuntungan lebih 25 peratus?

Atau mungkin kerana Datuk Seri Mohd Shafie Apdal adalah ‘Brother’ kepada Najib, maka beliau boleh memperdaya Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kewangan agar meluluskan peruntukan yang besar untuk projek kecil dengan melonjakkan harga melebihi 700 peratus?

Bagaimana rakyat Malaysia, terutama pembayar cukai dan pemilih berdaftar mahu mempercayai Kerajaan 1Malaysia pimpinan Najib, jika KKLW yang diketuai Menteri yang amat akrab dan diwar-warkan sebagai menteri kesayangan Najib dipersoalkan kredibiliti, akauntabiliti dan sering menyalahguna kuasa untuk kepentingan politik peribadi; sedangkan dalam masa yang sama Najib mencanangkan cogankata, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan?

Jika Kerajaan 1Malaysia enggan mengarahkan SPRM Menyiasat Shafie yang telah melaksanakan Dasar ‘Cutting of Watermelon’ di KKLW, maka sewajarnya Pelestarian Ikrar Integriti Korporat antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi merealisasikan misi NKRA iaitu membanteras rasuah; ditarik balik SERTA MERTA.

Sebaliknya, TNBES dan TNB sewajarnya memfailkan laporan rasmi berhubung ketidak telusan sistem tender di KKLW kerana menyembunyikan amalan rasuah adalah satu kesalahan jenayah!

No comments:

Post a Comment