Friday 9 September 2011

HAJI HARUN ‘HERO’ CIPTAAN BN?



Saudara Pengarang,

SAYA berasa terperanjat kenapa Ketua Daerah Kudat merangkap Bendahari UMNO Bahagian Kudat, OKK Haji Harun Bidin tidak mencadangkan kerusi Tanjong Kapor diberi tanpa bertanding kepada calon bebas yang bertanding dengan menggunakan logo kelapa sawit pada pilihanraya Umum ke-12 pada 2008?

Ini adalah kerana pada ketika itu, dia turun padang bekerja kuat dan berpeluh sehingga basah badannya untuk berkempen habis-habisan bagi pihak calon kelapa sawit; walaupun baju yang basah dipakai berlambang Barisan Nasional.

Haji Harun nampaknya seperti 'HERO' semasa membuat tuduhan dan melontarkan kritikan yang tidak berasas kepada ADUN Tanjong Kapor, Datuk Teo Chee kang, tetapi pada hakikatnya, sehingga hari ini dia tidak berani mahupun mengaku atau menafikan apa yang dia telah buat pada PRU Ke-12.

Selepas PRU Ke-12, seramai 40 orang Ketua Kampung dan 2 orang Wakil Ketua Anak Negeri telah menandatangani satu surat aduan mengenai tindakan khianat Haji Harun agar jawatannya ditamatkan oleh pihak yang berkuasa.

Tetapi malangnya, walaupun surat tersebut telah diserahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional negeri pada April 2008, Haji Harun masih kekal sebagai Ketua Daerah di Kudat.

Kebanyakan Ketua Kampung dan Pemimpin Anak Negeri tidak berpuas hati dan sangat keliru oleh keputusan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap Haji Harun, seolah-olah penyelewengan yang berlaku di PRU-12 itu adalah dibenarkan dalam Barisan Nasional.

Itulah sebabnya Haji Harun angkuh dan berkepala besar sehingga dia sanggup mengatakan Parti LDP tidak mempunyai calon yang boleh menang ('Winnable Candidates') tanpa sokongan UMNO.

Dengan itu, Haji Harun seolah-olah ingin merampas peranan Dato' Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional Malaysia yang akan menentukan siapa calon-calon BN yang boleh menang pada masa yang akan datang.

Haji Harun seharusnya dipecat atau dipindah dari Kudat.

Sebagai Parti Komponen BN yang tertua di Negeri Sabah, Parti LDP taat kepada perjuangan BN dan tidak pernah menyuruh mana-mana ahlinya mengundi pembangkang di kerusi Parlimen Kudat!

Salam Hormat,

MAHADI BIN MATHAIRI

Ketua Cawangan Kg Landong Ayang,

Bahagian LDP Tg Kapor

No comments:

Post a Comment