Saturday 24 September 2011

HAJIJI ‘PENDERHAKA’ ANAK NEGERI?



Oleh : MUTALIB M.D

MENTERI Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Hajiji Haji Noor digesa agar tidak bersifat talam dua muka dan menjadi penderhaka kepada Anak Negeri Sabah kerana gagal menangani isu ‘Pemindahan Haram’ hak milik tanah adat Anak Negeri kepada bukan Anak Negeri, terutama yang menggunakan Sijil Anak Negeri Palsu.

Mantan Ketua Kampung, KK Basri Bin Ayad yang menghubungi Sabahkini.net bagi mengulas kenyataan Hajiji dalam akhbar tempatan termasuk Sabahkini.net yang bertajuk ‘Hajiji Pandang Serius Kes Tanah Adat.’

Menurut KK Basri, banyak bukti telahpun dikemukakan oleh pelbagai pihak tentang adanya golongan tertentu yang tidak layak memiliki Sijil Anak Negeri tetapi mereka yang menduduki jawatan tinggi dalam Kerajaan, termasuk Hajiji terus mendiamkan diri atas alasan hanya mereka sahaja tahu.

KK Basri menarik perhatian Sabahkini.net terhadap satu kes di Mahkamah Tinggi Sandakan setelah Pesuruhjaya Kehakiman, Puan Yew Jin Kie telah menemui fakta dan mengisytiharkan seorang peniaga Cina yang selama berpuluh tahun mengunapakai Sijil Anak Negeri sebagai ‘Bukan Anak Negeri’.

Hakim Yew juga memutuskan bahawa peniaga berkenaan tidak layak memiliki tanah di bawah syarat ‘Native Titles’. Walaupun Mahkamah telah membuat pengisytiharan, tetapi Jabatan Tanah dan Ukur masih terus membenarkan peniaga berkenaan memiliki ribuan ekar tanah di bawah syarat ‘Native Titles’ dengan hanya berdasarkan pengesahan Majlis Hal Ehwal Anak Negeri yang terletak di bawah jurisdiksi Hajiji.

Daripada rekod yang dibekalkan KK Basri, Sabahkini.net mendapati seorang daripada dua Pengarah Syarikat Melangking Oil Palm Plantation Sdn. Bhd, Hon Chung Lip (MyKad 380922-12-5035) telah diisytiharkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Sandakan sebagai ‘BUKAN’ Anak Negeri; walaupun Hon Chung Lip sebelum ini mendakwa memiliki satu Sijil Anak Negeri yang kononnya dikeluarkan oleh Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu.

Menurut KK Basri yang turut hadir dalam perbicaraan kes berkenaa, ketika sesi soal jawab di mahkamah, Hon Chung Lip memberitahu bahawa beliau lahir di Negara China dan bersetuju bahawa beliau tidak ada kelayakan memiliki Sijil Anak Negeri yang digunakannya sekarang.

Hon Chung Lip turut mengakui bahawa kedua ibu bapanya warganegara China dan beliau tidak mempunyai settitikpun darah Anak Negeri Sabah dna bersetuju bahawa beliau sememangnya tidak layak memegang Sijil Anak Negeri yang digunapakai sehingga ke hari ini.


Tegas KK Basri, apabila ditanya bagaimana dia mendapat Sijil Anak Negeri tersebut, Hon Chung Lip memberitahu Mahkamah bahawa dia memperolehinya daripada seorang kawan.

Siasatan lanjut Sabahkini.net mendapati Sijil Anak Negeri, Hon Chung Lip diperakui sebagai telah dikeluarkan secara sah oleh bekas Ketua Daerah Kota Kinabalu, OKK Eric Mojimbun. Lanjutan daripada itu, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri pula memperakuinya sebagai Anak Negeri dari suku kaum Kadazan.

Kini telah terbukti di mahkamah bahawa Hon Chung Lip sendiri mengakui bahawa Sijil Anak Negeri yang digunapakainya telah diperolehi melalui seorang kawan dan bukan melalui prosiding atau pengisytiharan Mahkamah Anak Negeri di Kota Kinabalu.

Senario ini membuktikan bahawa tindakan Kerajaan Parti Berjaya membekukan pengeluaran sijil anak Negeri di seluruh Mahkamah Anak Negeri di Sabah merupakan tindakan yang bestari kerana terdapat Ketua Daerah dan Ketua Anak Negeri yang mengkhianati Sabah kerana telah mengeluarkan Sijil Anak Negeri yang bermotifkan ‘rasuah’ iaitu mendapatkan habuan wang ringgit melalui kegiatan subversif menjual ‘Hak Mutlak’ Anak Negeri Sabah.

Daripada dokumen yang diperolehi Sabahkini.net juga membuktikan bahawa kakitangan Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri bersekongkol dengan mereka yang tidak layak menjadi Anak Negeri dengan mengeluarkan surat sokongan kepada golongan berkenaan dan memperakui mereka sebagai Anak Negeri walaupun dokumen seperti sijil lahir mereka menyatakan mereka berbangsa Cina.

"Yang mengkhianiti kaum Anak Negeri Sabah adalah Pemimpin masyarakat kaum Anak Negeri sendiri terutama Ketua Daerah dan Ketua Anak Negeri. Mereka ini wajar disiasat oleh SPRM dan disumbat ke Penjara," tambah KK Basri lagi yang kesal kerana Hajiji hanya pandai bercakap tetapi lebih banyak berdusta.

Menurut KK Basri, beberapa Kakitangan di Mahkamah Anak Negri Kota Kinabalu bersama Mahkamah Rayuan Anak Negeri Daerah Kota Kinabalu adalah ‘Pengkhianat’ paling durjana di Sabah kerana mereka telah menjadi dalang utama menyebabkan ribuan anak tempatan suku Sungai menjadi mangsa oleh mereka yang bergelar Ketua Daerah dan Ketua Anak Negeri ini.

Ikuti Bahagian Kedua bertajuk ‘KK Basri Cabar Hajiji Bertindak Atau Letak Jawatan!’

No comments:

Post a Comment