Friday 2 September 2011

JHEAINS TERNAK ULAR SAWA?



SEMAK....Tanah perkuburan Islam yang menjadi tempat ternakan ular sawa.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

KEGAGALAN Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Sandakan mentadbir urus Tanah Perkuburan Islam Nunuyan Darat, Jalan Aman, Sandakan yang berusia ratusan sehingga terbiar dan menjadi tempat pembiakan ular dan membahayakan waris menziarahi pusara keluarga tersayang.

Salah seorang warga Sandakan, Ahmad Sabri yang menziarahi pusara arwah ibunya memberitahu, beliau amat kesal dan kecewa kerana JHEAINS di Sandakan langsung tidak mahu mentadbir urus kawasan yang diwartakan sebagai Tanah Perkuburan Islam yang tertua di Sandakan kerana sudah wujud sejak 1948 lagi.

“Kadang-kadang saya berasa malu dengan bangsa-bangsa lain yang bukan Islam. Tanah Perkuburan Cina atau Kristian, umpamanya, duit 5 sen jatuh masih boleh kita kutip; tetapi kenapa Tanah Perkuburan Islam begitu semak sehingga menjadi tempat pembiakan reptilian seperti sular sawa dan ular tedung?,” keluh Ahmad yang mempertikaikan ke manakah JHEAINS membelanjakan peruntukan yang diberikan kerajaan saban tahun.

Tegas Ahmad, JHEAINS sewajarnya melantik dua atau tiga orang penjaga kubur dengan elaun RM500 sebulan dan melengkapkan mereka dengan kemudahan seperti chainsaw ataupun mesin pemotong rumput ataupun juga racun rumpai agar kebersihan Tanah Perkuburan Islam terjaga.

No comments:

Post a Comment