Thursday 29 September 2011

JHEAINS WAJAR JALIN KERJASAMA DENGAN USIA



WAWANCARA.......Hj Alipudin sedang ditemubual Wartawan Kanan Sabahkini.Net.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

PERANAN USIA, NGO yang berfungsi sebagai badan Dakwah Islamiah adalah untuk membantu pihak berkuasa agama Islam di Sabah seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan JAKIM untuk mengembangkan syiar Islam di negeri ini.

Sekalipun, USIA terpaksa menggunakan dana sendiri untuk melaksanakan semua aktivitinya, namun bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa agama bagi meneruskan misi sebagai organisasi penyebar dan menjaga martabat agama dan umat Islam di negeri ini.

Ketua USIA Bahagian Sandakan, Haji Alipuddin KK Hj Puyon berkata demikian kepada Wartawan Kanan Sabahkini.Net di majlis Rumah terbuka Aidilfitri 2011 anjuran USIA Sandakan di Restoran Moden Selera, Sandakan, baru-baru ini.

“Sebagai badan dakwah, kami sudahpun memajukan surat kepada JHEAINS untuk memdapatkan sedikit dana khas untuk meneruskan usaha kami bagi menjalankan kewajiban mengembangkan syiar Islam, tetapi sehingga ke hari ini USIA seperti menunggu buah tidak jatuh,” kata Hj Alipuddin.

ALBUM…… Ketua USIA Sandakan, Alipudin bergambar dengan Wanita USIA Bahagian Sandakan.

USIA negeri dan daerah, jelas Hj Alipudin, sudah merancang pelbagai aktiviti keagamaan yang bakal dilaksanakan sekalipun menghadapi masalah dana operasi kerana sebahagian program sudah terlaksana mengikut kemampuan mereka.

Menurut Hj Alipudin, pihaknya sanggup melaksanakan apa juga program keagamaan walaupun mengharungi keperitan untuk mendapatkan dana daripada kerajaan kerana USIA mempunyai ahli guna tenaga maksima disebabkan ahli ramai dan hanya memerlukan suntikan dana agar semua programnya lebih berkesan.

Berbanding dengan JHEIANS, kata Hj Alipudin, mereka tidak mempunyai ahli dan hanya beberapa kerat sahaja kakitangan dan pegawai yang bertugas; namun dari segi dana mereka memang mampu, namun sering menghadapi masalah pelaksanaan program kerana menghadapi masalah tenaga kerja.

Kata beliau lagi, dalam tugas pengembangan syiar Islam, sepatutnya JHEAINS memberikan ruang dan peluang kepada NGO khususnya USIA yang berpontensi untuk menganjurkan kursus dan ceramah yang berkaitan dengan perkembangan dakwah Islamiah.

“JHEAINS bukannya tiada dana, mereka banyak peruntukan. Selain membantu JHEAINS dalam bidang dakwah, kami boleh membantu JHEAINS memantau dan menangani gejala maksiat di kalangan remaja Islam yang kini sampai ke tahap yang membimbangkan,” ujar Hj Alipuddin lagi.

No comments:

Post a Comment