Thursday 15 September 2011

KALAKAU MUSUH NOMBOR 1 ORANG BAJAU



Oleh : JOHN OSTRAMUS

SELEPAS membaca artikel ‘Kalakau Pengkhianat Unggul KDM’ dalam Sabahkini.net, saya terpanggil untuk mendedahkan peranannya dalam mempermainkan suku Bajau-Sama di Tuaran.

Bermula dengan insiden yang Kalakau Untol lakukan kepada peniaga kaum Bajau di Pasar Ikan Tuaran dan Tamu Mingguan dalam tahun 1970-an; sampailah ‘Skrin Test’ di awal tahun 1984, beliau menunjukan kebenciannya kepada kaum Bajau-Sama.

Semasa pilihanraya negeri pada tahun 1985, Kalakau telah memilih Patrick Jilan seorang berbangsa Dusun-Lotud yang beragama Kristian sebagai calon PBS di DUN Sulaman yang dimenangi oleh Allahyarham Datu Hamid Mustapha dari USNO. Pilihan ini agak memeranjatkan memandangkan majoriti pengundi di Sulaman adalah beragama Islam.

Motif sebenar Kalakau terserlah sebaik sahaja PBS memerintah, iaitu untuk menegakkan ‘Ketuanan Dusun/Kristian”. Pegawai Kemajuan Rakyat yang dilantik oleh BERJAYA, Nawawi Budin telah diganti sehari selepas Pilihanraya oleh Balanting Erom dan jawatan CDO pula diambil alih oleh Francis Daniel daripada Hj Noortaip Hj Suhaili. Kedua-dua lantikan Kalakau adalah orang Dusun Lotud yang beragama Kristian walaupun kaum Bajau merupakan penduduk majoriti di Sulaman.

Bagaimanapun, rusuhan yang diadakan oleh penyokong USNO yang telah ditipu oleh PBS dalam janji membentuk kerajaan campuran telah menimbulkan keperluan untuk PBS menarik penyokong Muslim agar PBS tidak kelihatan sebagai parti hanya untuk KDM dan Cina.

Untuk menukar imej PBS sebagai Parti Anti-Islam, Kalakau memujuk orang Bajau-Sama yang dianggap berpengaruh untuk menyertai PBS dengan menjanjikan mereka sebagai calon. Di antara yang termakan umpan ini adalah dua anak Bajau-Sama yang baru balik belajar dari Amerika Syarikat, Hajiji Hj Noor dan Aliasgar Hj Basri. Yang lain termasuklah Allahyarham Cikgu Kasih bin Daud.

Kesemua mereka yang berhasrat menjadi calon telah diarah dalam bulan Februari,1986 oleh Kalakau Untol untuk memberi ucapan di Dewan Masyarakat Tuaran termasuk olaragawan Slyvester Chang. Menurut Kalakau, tujuan adalah untuk melihat siapa yang paling layak untuk diketengahkan menjadi calon.

Pada hari berkenaan, semua yang berhasrat menjadi calon telah datang ke Dewan dengan penyokong masing-masing. Kalakau duduk di bawah sebagai seorang ‘Pengarah Filem’ yang melakukan Skrin-Test dan merakamkan ucapan semua yang ada aspirasi untuk menjadi calon PBS dalam Pilihanraya Negeri 1986 untuk DUN Sulaman termasuk Hajiji, Aliasgar, Cigku Kaseh dan Slyvester Chang.

Kalakau dalam ucapanya menjanjikan untuk menghantar rakaman video tersebut kepada Datuk Pairin untuk memilih calon yang sesuai. Bagaimanapun, Kalakau tidak menghantar video tersebut dan telah menghantar hanya satu nama untuk calon DUN Sulaman, iaitu, Allahyarham MA Rahman yang mempunyai darah campuran Dusun-India.

Allahyarham merupakan ‘Boss’ Kalakau dalam parti PUSAKA dan PEKEMAS. Untuk mengenang jasa Allahyarham MA Rahman, dia pun terpilih sebagai calon PBS dalam Pilihanraya untuk DUN Sulaman tetapi telah dikalahkan oleh Osu Sukam dari USNO.

Apabila Hajiji Mohd Noor mendapat tahu yang dia dan rakan sesukunya telah dipermainkan oleh Kalakau, Hajjiji telah mengarahkan saudaranya, Ali Aspar seorang pembaca meter SEB dan pemandunya Musli @ Asli Aspar untuk ‘mengajar’ Kalakau.

Mereka telah menjalankan arahan Hajiji dan Kalakau telah ‘diajar’ di hadapan kedai emas di Pekan Tuaran sehingga matanya lebam. Selepas itu Hajiji istyhar keluar PBS dan masuk USNO dalam satu perjumpaan di hadapan Datuk Yahya Lampung di Kg Tajau.

Bila Osu Sukam dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerajaan Pusat, satu pilihanraya kecil diadakan untuk kerusi DUN Sulaman. Dendam Kalakau belum selesai dan dia telah sekali lagi memilih untuk kali ketiga orang yang tiada darah Bajau menjadi calon, Allahyarham Jasni Gindug.

Pada tahun 1990, Kalakau telah bertanding dalam kerusi DUN N11 Sulaman sebagai calon AKAR, walaupun kaum Dusun Lotud dan Kristian adalah minoriti. Walaupun berbekalkan wang ringgit yang banyak daripada Mahathir, Kalakau telah ditolak oleh kesemua tiga kaum-Bajau, Dusun dan Cina.

Kalakau hilang wang pertaruhan apabila hanya mendapat 565 undi berbanding calon USNO Hajiji (3,575 undi), PBS Jahid Jahim (3,294) dan BERJAYA Aliasgar (538 undi). Abang kepada Hajiji, Hj Laugan Hj Noor mendapat hanya 11 undi, calon PRS Shafie Anterak 120 undi dan calon bebas Yusof Ludin 38 undi. Semasa menerima keputusan, Kalakau telah memarahi penyokong-penyokongnya dari kaum Bajau, “Bajau penipu. Makan duit, tapi tidak undi.”

Sekarang Kalakau dalam PKR dan melobi untuk menjadi calon Parlimen untuk Tuaran. Sekali lagi dia mengumpan orang Bajau sebagai ‘calon Sulaman’. Matbee Hj Ismail sudah sedar permainan Kalakau apabila beliau hanya mendapat nombor tiga dalam pertandingan Jawatan Timbalan Ketua Cabang PKR Tuaran dan telah pun menyertai SAPP.

Cikgu Idin Aliamat yang mendapat nombor dua dalam pertandingan Timbalan Ketua Cabang dan Hj Bukah Sitam yang mendapat nombor tiga dalam pertandingan Naib Ketua Cabang PKR dan Maskan Hj Rasta begitu bersemangat masuk kampung keluar kampung berkempen untuk menjadi calon.

Mereka telah termakan janji Kalakau bahawa salah saorang daripada mereka akan menjadi calon PKR dan membantu Kalakau membuka Pejabat PKR P170, di Pekan Tuaran.

Nampaknya pisang yang berbuah di Dewan Masyarakat Tuaran pada Februari, 1986 akan berbuah dua kali di Sulaman pada PRU13. Giliran siapa pula akan ‘mengajar’ Kalakau Untol kali ini?

No comments:

Post a Comment