Wednesday 7 September 2011

KALAKAU PENGKHIANAT UNGGUL KDM?



BANYAK golongan muda KadazandusunMurut (KDM) dan Pemimpin PKR dari Semenanjung tidak tahu sejarah sebenar Kalakau Untol dalam konteks memecahkan perpaduan rakyat berketurunan KDM.

Kalakau mula bergiat dalam politik pada tahun 1970-an dengan Parti USAP. Pada tahun 1974 USAP telah dibubarkan dan Kalakau bersama Allahyarham MA Rahman dan Allahyarham Pinjaman Hasin menyertai PEKEMAS.

Dalam tahun 1977, apabila KDM telah bersatu dalam BERJAYA, Kalakau terlibat menubuhkan PUSAKA bersama Allahyarham MA Rahman. Sebelum PRU 1978 mereka telah menerima imbuhan untuk membubarkan PUSAKA dan menyertai BERJAYA dalam bentuk kawasan balak, rumah kedai di Sinsuran dan perkerjaan sebagai Pegawai Majlis Daerah Tuaran.

Bagaimanpun apabila berkhidmat dengan Majlis Daerah Tuaran, Kalakau telah menimbulkan banyak masalah dengan caranya menyiram penjual ikan di Pasar Tuaran dengan air pemadam api, menginjak-injak sayur, buah-buahan dan lain-lain barang jualan orang kampung di sekitar Tamu Tuaran, Tamparuli dan Tenghilan.

Datuk James Ongkili terpaksa menghantar Kalakau untuk belajar keluar negeri untuk menyelamatkan Parti BERJAYA di Tuaran. Sekembalinya dari Amerika, Kalakau menyertai PBS untuk menjatuhkan Datuk James dan BERJAYA.

Dia dihadiahkan dengan calon Parlimen Tuaran pada saat akhir melalui campur tangan mendiang Mark Koding walaupun Datuk Monggoh Orow telah meletakan jawatan sebagai Presiden MPKK untuk bertanding atas tiket PBS. Dengan pengaruh Mark Koding, dia telah dilantik Timabalan Menteri Buruh.

Selepas menikam Datuk Ongkili, kini giliran Datuk Pairin pula. Atas hasutan Mahathir, Kalakau telah menubuhkan AKAR pada 16 September 1989 bersama mendiang Mark Koding untuk memecahkan PBS dan perpaduan KDM.

Tarikh 16 September memang kegemaran Kalakau. Dalam Pilihanraya Negeri 1990 Kalakau bertanding sebagai calon AKAR di DUN Sulaman dan hilang wang pertaruhan apabila mendapat hanya 600 undi.

Pada tahun 1992, Kalakau digantung keahliannya dalam AKAR kerana terlalu ‘racist’ dalam ucapan dan tindakan. Dia tidak terpilih sebagai calon AKAR dalam PRN 1994.

Selepas beberapa pemimpin PBS keluar dalam tahun 1994, Datuk Pairin kehilangan kuasa. Mahathir telah memangil Kalakau sekali lagi untuk memujuk Dompok dan pemimpin KDM lain keluar PBS dan menubuhkan sebuah parti KDM baru untuk menyaingi PBS.

Dompok, Bumburing dan Kalakau menubuhkan UPKO dan Kalakau menjadi Ketua Pemuda. Bagaimanpun dia tidak juga terpilih menjadi calon dalam PRU 1999, 2004 dan 2008.

Bila melihat dia tiada peluang dalam UPKO, maka Kalakau menyertai PKR dalam awal tahun 2010 melalui Hj Ansari Abdullah. Lepas itu Hj Ansari pula ditikam dari belakang.

Sekarang Kalakau ke hulu dan ke hilir mengelar dirinya pemimpin KDM. Kenapa pecahkan perpaduan KDM dalam BERJAYA, PBS dan UPKO? Kenapa masih teruskan USDA selepas KCA bertukar menjadi KDCA?

Jawapannya kerana Kalakaulah dalang sebenar dalam memecahkan perpaduan politik dan kebudayaan KDM selama ini. Dialah alat Mahathir dan Kuala Lumpur. Atau lebih tepat lagi, dia adalah ulat yang dipasang oleh BN untuk memporak perandakan PKR-PR di Sabah. Ada dua peribahasa Inggeris yang menarik, "A Leopard can never change it's spot" dan "History will always repeat itself."

No comments:

Post a Comment