Monday 19 September 2011

KEBAJIKAN BEKAS TENTERA TIDAK DIABAIKAN



DIHARGAI….Kelihatan Lajim menerima cendera kenangan dari Yang Dipertua PBTM Bahagian Sabah Abd.Sanon Haji Sapari selepas merasmikan majlis tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

KEBAJIKAN pesara tentera akan lebih terjamin menerusi penggubalan Akta Veteran Angkatan Tentera Malaysia.

Penasihat Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, penggubalan akta itu perlu bagi meningkatkan taraf hidup dan kebajikan pesara tentera.

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, antara perkara yang akan dipertimbangkan dalam akta itu kelak, ialah peningkatan bantuan kecemasan membabitkan kematian dalam kalangan bekas tentera daripada RM500 kepada RM3,000; penubuhan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk anak-anak tentera dan bekas tentera serta bantuan pendidikan seperti biasiswa.

“Ini membuktikan kerajaan sentiasa peka dan prihatin terhadap pesara tentera di negara ini yang telah banyak menambur bakti dalam menjaga keamanan dan kedaulutan negara semasa mereka berkhidmat dalam pasukan tentera sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Amal 2011 PBTM di KDCA, Penampang malam kelmarin.

TIBA…..Lajim diiringi oleh Yang Dipertua PBTM Bahagian Sabah Abd.Sanon serta jawatankuasa penganjur menuju ke dewan sejurus tiba untuk merasmikan majlis tersebut.

Sehubungan dengan itu Lajim menyeru bekas tentera di negeri ini agar mendaftar sebagai ahli PBTM bagi membolehkan PBTM memantau kebajikan kira-kira 5,000 tentera yang bersara setiap tahun.

Dalam perkembangan berkaitan, Lajim juga turut menyarankan agar PBTM Bahagian Sabah dapat merancang serta melaksanakan program program kemahiran bagi membantu anggota bekas tentera berkecimpung dalam pelbagai bidang antaranya bidang kemahiran dan perniagaan.

Menurut beliau langkah ini dapat membantu mereka hidup berdikari disamping dapat mempertingkatkan taraf siso ekonomi mereka seharian dengan menggunakan pelbagai peluang dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan ketika ini.

“Kerajaan membuka pelbagai peluang dan kemudahan pinjaman, justeru anggota bekas tentera perlu merebut peluang peluang yang disediakan oleh kerajaan ini,“ katanya.

No comments:

Post a Comment