Tuesday 27 September 2011

KETUA PESURUHJAYA SPRM WAJAR BERUNDUR



Saudara Pengarang,

PENGLIBATAN tiga orang pegawai SPRM dalam kes samun di KLIA baru-baru ini, tidak boleh dipandang ringan kerana umum mengetahui bahawa Suruhanjaya berkenaan sedang sakit tenat kerana ramai yang terlibat dalam rasuah dan kes samun ini adalah ledakan daripada kegagalan KPI SPRM dalam NKRA.

Walaupun SPRM menegaskan bahawa tiga orang pegawai yang terlibat ialah pegawai biasa, tetapi bagi rakyat Sabah, pegawai berpangkat Pemangku Penolong Pesuruhjaya (Gred P48), Penolong Kanan Penguasa (Gred P32) dan Penolong Penguasa (Gred P29) bukanlah pegawai biasa kerana mereka lulusan universiti dan STPM serta telah begitu lama berkhidmat dengan SPRM.

Penafian SPRM tidak memberikan sebarang makna kerana masih ramai di dalam SPRM yang bersifat seperti ‘Gunting Dalam Lipatan’ yang menggunakan uniform dan pangkat mereka untuk kepentingan diri, terutama menyiasat sambil lewa kes yang melibatkan VVIP atau mereka yang mempunyai lebih wang.

Sewajarnya Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohammad meletakkan jawatan kerana kejadian Pegawai SPRM melakukan rompakan atau samun adalah kes yang memalukan Negara dan SPRM gagal membendung kegiatan jenayah, malah melahirkan ramai penjenayah kolar putih yang belum dilaporkan; hasil daripada ketidak seimbangan sistem pentadbiran di dalam SPRM.

Salam Hormat,

CITRA MASADI

No comments:

Post a Comment