Saturday 24 September 2011

LDP PUJI KECEKAPAN POLIS LAHAD DATU



Oleh : MUTALIB M.D

PARTI Liberal Demokratik (LDP) memuji kecekapan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supritendan Samsuddin Mat yang berjaya menyelesaikan kes bunuh pegawai Majlis Daerah Lahad Datu dalam masa 24 jam selepas kejadian.

Timbalan Ketua Bahagian LDP Silam, Chong Su Vun berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib bahawa kes pembunuhan Ali Jamal, 47, telah berjaya diselesaikan dalam tempoh 24 jam berikutan penangkapan tiga suspek utama yang berusia dalam lingkungan 20-an.

“Kita amat bangga dengan kecekapan Polis Lahad Datu kerana berjaya menangkap suspek pertama di Bakapit pada jam 2.30 petang dan dua lagi suspek di Kampung Unta pada jam 9.30 malam pada hari yang sama, termasuk merampas kenderaan yang digunakan sewaktu serangan berkumpulan pada jam 4.30 pagi ahad lalu,” kata Chong yang juga Ahli Majlis Daerah Lahad Datu.

Chong menyifatkan kematian Ali Jamal satu kerugian yang besar kepada MDLD dan seluruh warga Lahad Datu berdukacita di atas kes serangan dan pembunuhan ini; namun kecekapan polis menyelesaikan kes ini berpandukan rakaman CCTV di Public Bank telah meredakan kemarahan rakyat Lahad Datu yang kecewa dengan keadaan keselamatan di Bandar Palma ini.

“Walaupun suspek yang telah ditahan terdiri berbangsa Tator, Buton dan Bugis, namun kita harap penduduk Lahad Datu tidak menimbulkan isu perkauman kerana kita hidup secara harmoni dan kita bimbang akan berlaku balas dendam dan meminta polis meningkatkan pengawasan,” ujar Chong yang mendesak agar Adun Lahad Datu dan Ahli Parlimen Silam mendapatkan peruntukan khas untuk memasang CCTV di kawasan kemungkinan berlakunya jenayah setelah polis berjaya menyelesaikan kes bunuh berkenaan berpandukan rakaman CCTV di Public Bank.

1 comment:

  1. wow.. ini perompak2 yg sdh lm ndak di kesan tuh ka..
    sebab kluarga aku pernah dirompak jgk dlu.. 2 kali lagi tuh.. huhuu..
    ada 3 org perompak smuanya.. lm jgk kes nie br selesai ya..
    sbb mula2 kes rompakan nie berlaku masa thn 2009..
    ms tuh mmg ramai rumah2 d ld yg dirompak.. smpai rs ndak slmt bha.. huhuuu..
    sedey aku bl ingat balik..
    harap2 mereka ini adlh org yg sm pd 2009 dlu..
    kalo ya.. alhamdulillah..
    masalah mereka ini siap membawa senjata seperti parang.. benci!!!..

    apa2.. pon.. tahnia..

    ReplyDelete