Monday 12 September 2011

LINDA TSEN MULA DEKATI RAKYAT



Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIES S JUMADI

KAUNTER Pusat Khidmat Rakyat yang diadakan buat pertama kalinya bertujuan memberi ruang kepada semua rakyat, khususnya pengundi di lingkungan kawasan Parlimen Batu Sapi untuk berintraksi dengan wakil rakyat bagi mengajukan pelbagai aduan yang disampaikan oleh penduduk setempat mengenai permasalahan yang mereka sedang hadapi.

“Sebagai Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat menerusi proses pengundian pilihanraya kecil lalu kita tidak boleh lalai atau sambil lewa sahaja mengenai masalah rakyat di setiap sudut kampung dan perlu mendapat pembelaan yang jitu.”

Demikian di jelaskan oleh Ahli Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin dalam satu temubual oleh Sabahkini.Net sebelum memulakan program Kaunter Pusat Khidmat Rakyat yang diadakan di Dewan Serbaguna Sekolah TADIKA Thai Tung Taman Mawar, kelmarin.

Katanya dengan adanya program sebegini ia merupakan satu alternatif pendekatan masyarakat kepada pemimpin untuk bersua muka bagi menerima semua bentuk aduan yang berkaitan masalah rakyat dapat di pantau dan ditangani untuk diajukan kepada jabatan-jabatan yang berkaitan.

Semua aduan yang diterima daripada penduduk misalnya mengenai masalah air, masalah perparitan, kerosakan jalanraya, kebersihan dan keselamatan persekitaran akan diajukan kepada jabatan-jabatan yang berkaitan antara JKR, MPS Jabatan Air, PDRM dan lain-lain untuk diambil tindakan sewajarnya.

Dalam perkembangan yang berkaitan ramai di kalangan pengunjung rasa puas hati dengan program khidmat rakyat ini kerana pihak penganjur telah menempatkan beberapa kaunter antaranya kaunter Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendaftar Program E-Kasih; kaunter pemeriksaan darah daripada Hospital Duchess of Kent Sandakan; kaunter SESB; Kaunter PDRM satu kaunter menjadi tanda tanya itu kaunter SPR untuk mendaftar pemilih baru.

Menurut Setiausaha Bahagian PBS Sekong, ramai di kalangan pengunjung membawa anak-anak mereka yang sudah genap 21 tahun untuk didaftarkan sebagai pemilih baru namun sebaliknya mereka hampa dan kecewa kerena mereka tercari-cari dan tidak kelihatan di mana kedudukan kaunter SPR sebenarnya.

No comments:

Post a Comment