Saturday 10 September 2011

MASIH ADA 1,000 KAKI JALAN ROSAK



TERTINGGAL....Masih ada 1,000 kaki Jalan Kg Cahaya Baru yang perlu dinaik taraf.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

KERJA-kerja menyelenggara dan membaik pulih kerosakan jalanraya Kampung Cahaya Baru, Sandakan yang kini sudah siap sepenuhnya; telah memberikan keselesaan kepada para pengguna setempat.

Walaupun penyelenggaraan jalanraya di kampung itu tidak sepenuhnya dibaik pulih dan masih ada lagi sebahagiannya yang rosak berlubang di sana sini, dianggarkan sejauh 1,000 kaki yang perlu dibaik pulih dengan segera.

Seorang penduduk, Sulaiman Kadir yang memberi tahu kepada Sabahkini.Net kelmarin mengenai jalanraya tersebut.

NAIK TARAF....sebahagian Jalan Kampung tersebut yang sudah dinaik taraf.

Kata Sulaiman, sebagai penduduk di Kampung Cahaya Baru ini beliau bersyukur kerana pihak kerajaan begitu prihatin untuk menyalurkan projek membaik pulih jalan tersebut demi keselesaan kepada semua pengguna.

“Saya bagi pihak penduduk-penduduk kampung ini mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Sandakan Datuk Liew Vui Kiong kerana sudi mengeluarkan peruntukan untuk kerja-kerja pelaksanaan projek membaik pulih jalan tersebut,” ujarnya.

Sulaiman menambahkata, beliau menyeru agar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura dapat mengeluarkan peruntukan khas untuk menyelenggara baki jalan tersebut sebelum pilihanraya umum ke 13.

No comments:

Post a Comment