Saturday 24 September 2011

MEMANG SAH PERJANJIAN MALAYSIA ‘BATAL’



Saudara Pengarang,

ATAS permintaan Ketua-Ketua Kerajaan Malaysia, Indonesia dan Filipina melalui Joint Statement di Manila pada 5 Ogos 1963, Setiausaha PBB (U Thant) telah menghantar wakil untuk meninjau sambutan rakyat North Borneo terhadap Gagasan Malaysia pada 12 Ogos 1963.

Ringkasan laporan PBB seperti berikut:

1. UNKO - tidak bersetuju;

2. PASOK - tidak bersetuju;

3. USNO - bersetuju;

4. Parti Demokratik - tidak bersetuju;

5. Parti Liberal - tidak bersetuju;

6. Parti United - tidak bersetuju.

Jelas, kesemua parti politik yang ada ketika itu tidak bersetuju menyertai Gagasan Malaysia, kecuali USNO. Kenapa Perjanjian Malaysia 1963 masih diteruskan, sedangkan pindaan yang dibuat ke atas Perjanjian itu pada 28 Ogos 1963 hanya berkaitan Singapura?

Salam Hormat,

JOSEPH WILFRED

No comments:

Post a Comment