Friday 2 September 2011

MERCUN PEKAKKAN TELINGA POLIS DAN KASTAM?







Saudara Pengarang,

MEMANG saya agak terkejut dengan kehebatan ‘Penduduk’ Lahad Datu yang begitu berani membeli dan menjual mercun secara terbuka, terutama di belakang Pasar Rakyat’ malah melancarkan roket yang meletup di udara; sedangkan umum tahu mercun adalah bahan larangan dan berbahaya.

Sebagai pegawai kerajaan yang baru bertugas di Lahad Datu, inilah pertama kali saya melihat ‘Rakyat’ Sabah begitu berani menjual mercun seperti menjual pisang goreng di kaki lima; tanpa pemantauan pihak berkuasa yang seolah-olah sudah pekak sehingga tidak mendengar bunyi mercun yang dibakar dan roket yang dilancar.

Jika mercun yang berdentum dan roket yang meletup di udara tidak dipedulikan, apatah lagi senjata api yang diseludup masuk ke Sabah oleh pemberontak Moro di Selatan Filipina yang bebas keluar masuk ke Lahad Datu melalui Bungao dan mendarat di Pekan Lahad Datu.

Tidak hairanlah jika Lahad Datu menjadi Pusat Pengedaran Syabu yang terbesar kerana Syabu, Mercun, Video Lucah dan sebagainya sudah menjadi lumrah kepada penduduk Lahad Datu, tetapi menyeramkan kami yang baru bertugas di daerah ini.



Senario ini mungkin

akan mengulangi tragedi berdarah pada 1989 apabila sekumpulan lanun menyerang dan merompak Standard Chartered Bank Lahad Datu dan melepaskan tembakan rambang sehingga menyebabkan kehilangan beberapa jiwa yang tidak berdosa.

Mungkinkah perlu ada kehilangan ratusan jiwa barulah Kerajaan akan bertindak mengawal PATI yang menjadi ‘rakyat’ Lahad Datu? Di manakah Adun dan Ahli Parlimen?

Salam Hormat,

TAN YOK PENG

1 comment:

  1. dimana-mana daerah pun serupa juga, mercun berdentuman disana-sini nampak sangat tiada kawalan naik meluat dan menyampah rasa marah pun ada, sangat menganggu ketenangan, bila tiap kali adanya perayaan terutama tahun baru cina dan hari raya bagai nak perang lakunya..ini bukan budaya kita, sepatutnya keadaan ini harus diambil perhatian serius oleh pihak yang dipertanggungjawabkan, ada undang2 tpi tidak dikuatkuasakan apa maknanya????

    ReplyDelete