Wednesday 21 September 2011

NEGARA MAKMUR JIKA RAKYATNYA BERETIKA



MERIAH…Lajim bersama Kamarlin dan barisan Ahli majlis Tertinggi (PBBS) memotong kek merdeka raya Aidilfitri sempana majlis tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

PEMBENTUKAN sebuah negara harmoni memerlukan bangsa yang beretika dan mempunyai moral yang teguh bertunjangkan tradisi dan budaya tempatan. hanya melalui perpaduan, sosioekonomi rakyat akan meningkat sekali gus mewujudkan sebuah negara sejahtera.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, perpaduan dan keharmonian kaum yang sedia terjalin dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di negeri ini perlu dipertahankan dan sentiasa dilestarikan dalam semangat persaudaraan yang kukuh.

Katanya, kekuatan semangat perpaduan merupakan pemangkin kepada kemajuan dan kemakmuran negara yang mana ia telah terbukti sejak negara mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis sambutan Rumah Terbuka Merdeka Raya Aidilfitri di Dewan Serbaguna Kampung Lupak, Beaufort. Majlis Rumah Teruka Merdeka Raya Aidilfitri itu merupakan anjuran Wakil rakyat Lumadan, Kamarlin Haji Ombi bersama Persatuan Bisaya Bersatu Sabah dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di dewan Masyarakat Kampung Lupak, kelmarin.

Menurut Lajim yang juga Presiden Persatuan Bisaya Berasatu Sabah (PBBS) .kesatuan masyarakat pelbagai etnik merupakan bukti kejayaan kerajaan di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang tidak pernah meminggirkan mereka daripada arus perdana pembangunan negara.

Sementara itu, ketika berucap di majlis yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Lumadan, Kamarlin Haji Ombi berkata, majlis rumah terbuka yang dianjurkan pada setiap perayaan terbesar di negeri ini, termasuk sambutan hari Raya Aidil Fitri merupakan amalan murni yang perlu dikekalkan sebagai warisan generasi akan datang.

Katanya, amalan ini bukan sahaja berjaya menyatu padukan rakyat dari pelbagai kaum di negeri ini yang turut memudahkan kerajaan menyalurkan program pembangunan malah dapat menjaga keharmonian dalam masyarakat.

“Kita rakyat bersatu padu akan wujudkan semangat setiakawan dan perhubungan silaturahim yang kukuh yang memudahkan kerajaan merancang serta melaksanakan pelbagai program pembangunan tanpa meminggirkan mana-mana kaum di negeri ini,” kata Kamarlin yang juga Timbalan Presiden PBBS.

Majlis rumah terbuka merdeka raya aidilfitri ini turut dimeriahkan lagi dengan persembahan gambus Sri Yagong Kampung Lupak serta persembahan nyanyian artis tempatan.

No comments:

Post a Comment