Wednesday 7 September 2011

PEGAWAI KEBAJIKAN BUNTINGKAN LEMBU?



Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

SIFAT ego seorang Penolong Pegawai Pembangunan di Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKAS) yang hanya berskil S27, Shairol Bin Sari rupanya menyembunyikan rahsia teramat besar yang hanya diketahui ibubapanya kerana telah ‘membuntingkan’ 60 ekor lembu daging baka Australia.

Anak kepada Mantan Penolong Pegawai Daerah Lahad Datu, Sari @ Usari Bin Arshad ini adalah pegawai rendah JPKAS yang menjadi ‘kaya’ tetapi tidak mengisytiharkan hartanya setelah secara culas bersubahat dengan bapanya, memalsukan data pengenalan diri sebagai penerima yang layak Program Sistem Pawah Ternakan atau kini dikenali sebagai Skim Transformasi Usahawan Sektor Ternakan (TRUST) yang telah dimulakan pada tahun 2005.

Shariol adalah antara penerima bertuah skim TRUST pada 2005 kerana mendapat 60 ekor lembu betina dan tiga penjantan baka khas yang diimport daripada Australia yang bernilai RM6,000 seekor.

Memandangkan kekurangan jantan, maka Shairol terpaksa menggunakan ‘permanian’ beradas untuk ‘membuntingkan’ 60 lembu pawah yang diberikan kepadanya; sedangkan sebagai Pegawai Kerajaan yang bergaji dan kedudukan bapanya sebagai Penolong Pegawai Daerah Lahad Datu ketika itu, beliau tidak layak untuk memohon skim berkenaan.

Skim TRUST merupakan program transformasi untuk membolehkan para penternak memperluaskan aktiviti-aktiviti penternakan ke tahap komersial. Kerajaan turut menyediakan insentif Skim Pinjaman Baka Baik Pejantan khusus untuk bidang usaha penternakan lembu pedaging.

Di bawah Skim TRUST, penternak yang ‘BERKELAYAKAN’ berpeluang mendapatkan pinjaman tanpa faedah dalam bentuk ternakan (induk betina dan baka pejantan). Di samping itu, bantuan perkhidmatan teknikal dan klinikal serta runding cara ekonomi ternakan disediakan secara percuma kepada semua penternak dalam usaha meningkatkan daya saing dan program transformasi pengusaha komersil.

Namun di bawah skim TRUST di Sabah, Lembu berkenaan diberikan ‘secara percuma’ kepada para ‘Penternak’ yang merupakan rakan atau kroni Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perusahaan Ternak; sehingga motif asal kerajaan tergelincir jauh daripada sasaran iaitu untuk memastikan industri ternakan ruminan berkekalan.

Kebanyakan penerima skim TRUST adalah mereka yang tidak mempunyai Feedlot atau padang ragut dan terpaksa menumpangkan lembu atau menyewa pajak lembu mereka kepada penternak yang mempunyai Feedlot atau ladang; atau memalsukan data ketika mengisi borang permohonan skim berkenaan.

Berdasarkan projek berkenaan telah berjalan selama enam tahun, sewajarnya Shairol kini mempunyai lebih 100 ekor lembu baka bermutu tinggi dan sewajarnya meletakkan jawatan sebagai penjawat awam kerana bukan sahaja telah mampu berdikari, mempunyai pendapatan tetap; malah merampas hak golongan sasaran iaitu penternak yang berdaya maju tetapi tercicir, kerana kedudukan bapanya ketika itu mempengaruhi Shairol mendapat laba yang besar daripada kepincangan skim TRUST.

Walaupun TRUST dalam bahasa Inggeris bermaksud amanah atau boleh percaya; namun Shairol mengikuti jejak langkah ‘ilmu magik’ bapanya yang berjaya menjadi Penolong Pegawai Daerah dengan kelulusan minima dan paling misteri; tidak langsung boleh dipercayai dan pecah amanah sebagai pegawai awam kerana tidak mengisytiharkan harta yang diperolehi daripada Kerajaan dan menjadi rakan kongsi ‘tidur’ atau proksi bapanya yang kini menjadi salah seorang jutawan yang kaya dengan hasil ‘menipu’!

No comments:

Post a Comment