Wednesday 14 September 2011

PEGAWAI SULUH (SULH) BERLAGAK HAKIM?



Saudara Pengarang,

PERLANTIKAN Norainie Binti Rasneh, sebagai Pegawai Sulh, di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Kinabalu merupakan satu kesilapan besar yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman Syariah kerana bukan sahaja berlagak sebagai hakim, malah menghina fungsi Mahmakah Syariah dan sekaligus menjatuhkan martabat wanita.

Sebagai seorang ibu kepada dua orang anak perempuan, saya memfailkan Tuntutan Penjagaan Anak (Hadhanah) Menurut Seksyen 82, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sabah (EUKINS 2004).

Namun agak malang apabila Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Kota Kinabalu, Roziana Binti Adnan mengarahkan saya menghadiri Majlis Sulh bagi mencari penyelesaian dengan defendan iaitu bekas suami saya.

Saya tahu hak Hadhanah saya gugur apabila saya bernikah lain, tetapi oleh kerana bekas suami saya telah merampas hak penjagaan saya mengikut Seksyen 82 (1) Seksyen yang sama; maka setelah bernikah saya memfailkan tuntutan Hadhanah kerana salah seorang anak saya adalah ‘Anak Tidak Sah Taraf’ yang didaftarkan mengikut Seksyen 10, Jabatan Pendaftaran Negara.

Bayangkanlah perasaan anda sebagai ibu, jika anak kandung anda yang bukan anak biologi kepada bekas suami anda yang bukan muhrimnya?

Tetapi dengan penuh sombong, bongkak dan berat sebelah, Majlis Sulh yang dipengerusikan oleh Norainie Binti Rasneh telah menjadi medan adu domba dan menabur fitnah kerana bekas suami saya memfitnah suami saya sekarang mempunyai empat isteri dan saya isteri yang keempat serta mempunyai ramai anak yang harus ditanggung.

Sebagai isteri, saya tahu dan kenal hati budi suami saya sekarang kerana 24 jam beliau bersama saya dan hidup kami cukup bahagia; walaupun sepi kerana saya dipisahkan daripada anak-anak sejak bercerai dengan bekas suami saya pada 25 Januari 2007.

Menurut Norainie Binti Rasneh, beliau mencadangkan agar bekas suami saya memelihara kedua anak saya dan saya boleh mengambil mereka pada waktu cuti sekolah; apatah lagi beliau sudah menjangkakan bahawa Hakim akan membuat keputusan memihak kepada bekas suami saya; sedangkan beliau tahu bahawa salah seorang anak saya, bukan anak bekas suami saya dengan kata lain bukan muhrim!

Saya tidak pasti sama ada Norainie seorang wanita atau ‘pelacur’ kerana tidak memahami penderitaan seorang ibu yang kehilangan anak setelah bercerai dan beliau menghina peranan wanita di sebuah negara Islam apabila peranan ibu mendidik anak dinafikan langsung.

Dengan bangganya beliau mengumumkan bahawa saya tidak ada hak langsung terhadap anak saya yang ‘Tidak Sah Taraf’ atau bukan muhrim bekas suami saya; seraya membenarkan bekas suami atau keluarga bekas suami saya memelihara anak saya.

Mengikut Seksyen 86, EUKINS, hak penjagaan anak-anak tak sahtaraf adalah semata-mata pada ibu atau saudara mara ibu. Bukankah ini membuktikan Norainie ‘khinzir’ buta undang-undang?

Saya teramat kesal kerana mungkin beliau tidak merasakan betapa sengsaranya seorang ibu yang dipisahkan daripada anak kandung sendiri; apatah lagi setelah mengandungkan mereka selama 9 bulan sepuluh 10 hari; menggadai nyawa melahirkan mereka; menyusukan mereka sendiri (susu ibu) sehinggalah mereka bercerai susu; menjaga mereka dengan penuh kasih sayang dan akhirnya anak-anak dirampas daripada saya selepas bercerai.

Entah di mana silapnya, kenapa tidak ada walau seorang Adun atau Ahli Parlimen yang menyedari wujudnya ketidak adilan dan diskriminasi wanita sehingga tidak menyedari betapa ramai wanita atau ibu menjadi mangsa akibat perceraian; menanggung derita bertahun dan kehilangan harga diri sebagai ibu.

Tidak tahu kenapa NGO yang kononnya memperjuangkan Wanita Islam, heboh kerana isu Lina Joy, tetapi mendiamkan diri apabila ibu atau wanita Islam dizalimi, dihina dan dicaci; malah membenarkan Mahkamah yang diharap dapat membela mereka menjadi ‘tali gantung’ yang tidak kelihatan; merenggut kebahagiaan mereka kerana dipisahkan daripada anak sebaik sahaja mereka bernikah lain.

Apakah masyarakat di Sabah dan di Malaysia menggalakkan ramai ibu tunggal terus menjadi janda dan melakukan maksiat demi untuk mendapat hak penjagaan terhadap anak mereka kerana bimbang jika bernikah lain, bekas suami akan merampas hak penjagaan anak?

Persoalannya, siapakah yang lebih berhak sama ada suami atau isteri? Saya tidak hairan jika kanak-kanak mangsa perceraian yang ada pada hari ini hilang deria dan peri kemanusiaan kerana dipelihara oleh lelaki yang kasar dan dididik menjadi kurang ajar akibat tidak mendapat kasih sayang ibu sepenuhnya.

Dengan kejadian kes penderaan seksual oleh bapa, sekalipun terhadap anak lelaki; apatah lagi bukan bapa biologi; siapakah yang dapat memberikan jaminan sesuatu kejadian buruk tidak berlaku terhadap anak-anak saya yang kini dijaga secara tidak sah oleh bekas suami dan keluarga bekas suami saya?

Apakah salah suami saya sekarang yang mendidik dan menyedarkan saya untuk menuntut hak penjagaan anak-anak saya dengan bekas suami saya setelah kami mendapati mereka terbiar dan hanya dijaga oleh ibu saudara mereka yang merempat dalam kemiskinan; sedangkan bekas suami saya berfoya-foya dengan teman wanitanya?

Salam Hormat,

MANGSA PEGAWAI SULH

1 comment: