Thursday 8 September 2011

PERAYAAN BERGANDA AMAT BERMAKNA



Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut merangkap Ketua Bahagian UPKO Kinabatangan, Masiung Banna berkata tahun ini rakyat Malaysia menyambut dua perayaan sekaligus iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan negara yang ke 54 tahun.

Kejayaan pertama bagi umat Islam ialah kerana berjaya menahan hawa nafsu bukan sekadar makan dan minum di bulan Ramadan selama 30 hari bahkan berjaya menahan segala perbuatan yang tidak senonoh yang dilarang oleh agama Islam dan yang boleh membatalkan atau mengurangkan pahala puasa mereka seperti memfitnah dan mencaci, memaki dan sebagainya sehingga menjelangnya 1 Syawal.

Masing berkata demikian ketika berucap di majlis rumah terbuka, Malam Mesra Aidilfitri Bersama Masiung Banna ADUN Kuamut 2011 anjuran UPKO Kinabatangan, malam kelmarin.

Kata masiung lagi, kejayaan kedua bagi rakyat di negara ini khususunya di Sabah ialah ia menyambut hari kemerdekaan yang ke 54 tahun yang penuh bersejarah itu.

“Tujuan kita menganjurkan rumah terbuka raya ini merupakan jalan perintis bagi kita merapatkan lagi silatulrahim di hari yang mulia ini kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira faham idologi politik, dan anutan kepercayaan agama dan adat resam budaya yang berbeza-beza,” jelas Masuing.

Sebagai wakil rakyat Kuamut yang diberi mandat oleh rakyat yang berbilang kaum dan anutan kepercayaan semasa pilihanraya umum ke 12 pada 2008, kata Masiung, beliau tidak akan melupai jasa-jasa mereka dan akan terus menjaga kebajikan penduduk agar sama-sama menikmati kemudahan dan keperluan rakyat.

Mengenai isu tanah, Masiung telah mengumumkan bahawa pada pertengahan Oktober ini, tanah yang terletak di Kampung Sinar Jaya akan diukur oleh Juru Ukur Daerah dan beliau sudahpun berbincang dengan Pegawai Daerah dan Majlis Daerah berhubung perkara ini.

Majlis rumah terbuka yang diadakan di Gumayat Walai Kampungstay Usaha Jaya Bukit Garam Kinabatangan telah dihadiri lebih 500 orang yang membabitkan pegawai-pegawai kanan kerajaan, para pemimpin kanan parti Barisan Nasional dan penduduk kampung berhampiran dan diserikan pelbagai persembahan untuk menghiburkan para tetamu yang hadir.

No comments:

Post a Comment