Tuesday 6 September 2011

POLIS RANAU TUTUP KES DERA DAN ROGOL?



Oleh : WILLON MUYAU

HANYA kerana isu tanah, seorang wanita, Puan Rusima, 54, yang bertubuh kecil telah diterajang oleh dua lelaki yang merupakan adik beradik beliau; seorang bekerja sebagai guru di SRK Telupid dan seorang lagi bekerja di Lembah Danum) sehingga nyawa-nyawa ikan di Kampung Matupang, Ranau, petang ahad lalu di hadapan beberapa penduduk kampung termasuk Ketua Kampung.

Anehnya, tiada seorang pun yang berani menolong. Kejadian pukul memukul wanita lemah tersebut bukan pertama kali kerana sedikit masa lalu, salah seorang adik beradik tersebut, telah mencekik wanita ini.

Kebetulan anak-anak lelaki Puan Rusima yang boleh mempertahankan maruah ibunya bekerja di luar daerah. Akibat daripada penderaan fizikal, Puan Rusima telah dimasukkan ke Hospital Ranau dan laporan polis telah dibuat; tetapi malangnya sampai sekarang ini tiada sebarang tindakan yang polis telah ambil terhadap ‘samseng’ kampung ini.

Beginikah sikap pihak Polis dalam melaksanakan tangungjawab mereka? Lebih malang lagi, Polis telah menyerahkan kes ini untuk diselesaikan oleh Ketua Kampung dalam tempoh dua minggu.

Selepas itu, jika gagal, barulah pihak Polis akan masuk campur. Dalam hal ini, saya masih ingat kes jenayah rogol di bawah umur beberapa tahun lalu juga telah diserahkan kepada Ketua Kampung untuk diselesaikan mengikut adat istiadat.

Bagaimana rakyat Sabah boleh mempercayai polis lagi jika kes mendera wanita tua pun tidak dipedulikan? Mungkin jika wanita tua ini ahli keluarga polis, apa polis akan buat? Apakah mahu menunggu sehingga wanita tua ini maut, barulah mahu mengambil tindakan? Harap Ketua Polis Negara mengambil berat isu ini kerana penderanya disebut-sebut akan dicalonkan pada pilihanraya umum akan datang.

No comments:

Post a Comment