Thursday 1 September 2011

RAYA BERTUKAR DUKA, 15 RUMAH DIJILAT API



BANTUAN...Liew sedang menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

SERAMAI 45 keluarga daripada 15 buah rumah yang sedang menyambut Hari Raya Adilfitri hari ke 2 dengan penuh kegembiraan, tiba-tiba bertukar menjadi pilu apabila rumah mereka hangus dijilat api dalam satu tragedi kebakaran yang berlaku di Kampung Muhibbah, Km 5.5, Jalan Utara Sandakan pada 2.00 petang kelmarin.

Menurut beberapa mangsa yang ditemui oleh Sabahkini.Net memberitahu mereka tidak dapat mengenalpasti punca sebenar namun mengesyaki kemungkinan berlaku litar pintas elektrik atau berpunca dari dapur.

Pasukan Bomba yang dihubungi segera datang ke tempat kejadian dan berjaya mengawal kebakaran dan memadamkan api daripada merebak ke rumah lain dalam masa 40 minit.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Kiong yang waktu itu sedang berkunjung berhari raya kerumah-rumah sahabat handai yang dimaklumkan mengenai insiden tersebut lantas bergegas ke tempat kebakaran untuk menemui dan menenangkan mangsa terbabit.

BINCANG....Liew sedang membincangkan sesuatu dengan mangsa terbabit.

Dalam masa yang sama, V.K.Liew terus memberi bantuan berupa makanan dan alat-alat keperluan kepada para mangsa yang terbabit dalam kebakaran tersebut bagi meringankan beban mereka sementara menunggu bantuan mengikut keperluan yang akan diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Alam Daerah.

V.K.Liew dalam taklimatnya menyeru kepada mangsa berkenaan supaya bersabar kerana apa yang terjadi ini adalah satu takdir yang tidak disangka-sangka dan kerajaan akan memberikan bantuan segera bagi membolehkan mereka membina kembali rumah mereka.

Sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Sandakan yang juga dimaklumi mengenai insiden ini akan membuat penyelidikan untuk mengenail pasti bahawa semua mangsa terbabit adalah terdiri daripada penduduk tempatan untuk memudahkan mereka mendapat bantuan daripada kerajaan.

No comments:

Post a Comment