Monday 19 September 2011

RUKUN TETANGGA BUKTI JALINAN KERJASAMA



Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

WUJUDNYA Rukun Tetangga di Taman Mesra, Zon 1 di bawah urus tadbir Jabatan Perpaduan Negara banyak memberi manfaat kepada penduduk setempat kerana mampu meningkatkan keselamatan dan perpaduan.

Ini jelas dan terbukti kerana setelah Rukun Tetangga ditubuhkan di Taman Mesra, merupakan satu pendekatan kepada masyarakat untuk berkompromi dan menjalinkan kerjasama yang erat di antara satu sama lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Au Kam Wah berkata demikian kepada Wartawan Sabahkini.Net semasa beliau menghadiri Majlis Jalinan Mesra anjuran Rukun Tetangga zon 1 di Taman Mesra, petang kelmarin.

Au berkata, keharmonian di kalangan penduduk setempat perlu disemai demi kesejahteraan bagi menjalinkan hubungan mesra antara satu sama lain.

Katanya lagi, pada tahun ini rakyat khusus masyarakat Islam telah menyambut dua perayaan sekaligus iaitu Hari Raya Aidulfitri dan kedua menyambut Hari Kemerdekaan negara kita ke 54 tahun sementara di Sabah pula ke 48 tahun.

Sebagai menyerikan suasana majlis Jalinan Aidilfitri, para tetamu telah dihiburkan dengan pelbagai persembahan tarian dan nyanyian karaoke antaranya yang turut hadir ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) kawasan Elopura T H Chan dan Penolong Pengarah Jabatan Perpaduan Sandakan.

No comments:

Post a Comment