Friday 9 September 2011

RUMAH TERBUKA PBRS SABTU INI



Oleh : ROZIE JUMAT

MASYARAKAT di sekitar Daerah Pedalaman adalah dijemput hadir untuk meraikan Rumah Terbuka Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Sempena Perayaan hari Raya Aidilifitri sabtu ini di Dewan Masyarakat Daerah Kecil Sook bermula pada jam sepuluh pagi hingga empat petang.

Pengerusi Penganjur, Kahirin Bador berkata, pelbagai acara menarik diadakan termasuklah kehadiran penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Ebi Cornelius serta pameran dan permainan yang dianjurkan oleh Celcom Axiata Bhd.

“Kami mengalu-alukan kehadiran saudara dan saudari ke majlis sambutan Rumah Terbuka ini,” kata Kahirin yang juga Ketua Pemuda PBRS Sook.

Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup dan Timbalannya, Datuk Ellron Angin serta barisan Ahli Majlis Tertinggi PBRS turut sama menyambut kehadiran para tetamu.

No comments:

Post a Comment