Sunday 4 September 2011

RUMAH TERBUKA PLATFORM MASYARAKAT MADANI



KENANGAN....Peter Pang, Bung Mokhtar dan Samsudin. Turut kelihatan isteri Bung, Zizzie Izatty.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

PROGRAM rumah terbuka seperti Hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh rakyat di negara ini saban tahun merupakan platform untuk mewujudkan masyarakat madani yang bersatu padu dan progresif demi kemajuan negara.

Konsep sebegini memang sudah lama wujud dan diamalkan oleh rakyat yang berbilang kaum di negara ini tanpa mengira keturunan dan kepercayaan anutan agama.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin dalam satu sidang media sempena Majlis Rumah Terbuka UMNO Kinabatangan yang dilangsungkan di Gelanggang Futsal KM 7.8 Jalan Utara Sandakan, kelmarin.

“Sejajar dengan konsep 1 Malaysia, maka program seumpama ini harus diteruskan sampai bila-bila masa demi menyuntik semangat rakyat di negara ini mengamalkan jati diri bagi memupuk kerjasama antara satu sama lain,” kata Bung Mokhtar lagi.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Sandakan, Datuk Liew Vui Kiong yang berkunjung ke kediaman rasmi Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Hj Mohd Hamsan Hj Awang Supain dalam satu kenyataan beliau antara lain Liew menjelaskan;

ALBUM....Liew dan rombongan bergambar dirumah kediaman Hj Hamsan.

“Melalui majlis rumah terbuka sebegini yang dikunjungi oleh masyarakat majmuk, bukan sahaja untuk berkenalan antara satu sama lain, bahkan menjurus kepada memupuk semangat perpaduan intim rakyat di negara ini, khususnya di Sabah.”

V.K.Liew berkata, walaupun hari raya disambut penuh kegembiraan, namun sebagai insan yang penyayang, kita tidak boleh melupakan golongan miskin, khususnya warga tua di rumah-rumah kebajikan; kita harus melawat mereka sambil memberikan sedikit bantuan kepada golongan ini.

No comments:

Post a Comment