Tuesday 13 September 2011

SAGA SEDIA GEMPUR HIV/AIDS



WAWANCARA....Dr Zaitun diwawancara oleh Wartawan Sabahkini.Net mengenai HIV-AIDS.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

PERGAULAN bebas tanpa batas-batasnya sehingga terjadinya hubungan seks atau zina rambang di kalangan remaja merupakan salah satu punca utama AIDS dan di HIV yang kian meningkat di negara ini.

Bagi kaum remaja yang berpasangan, sudah hilang adat dan tatasusila mereka bagi menjaga kehormatan diri dan begitu mudah melakukan seks rambang di mana-mana saja tanpa memikirkan dosa dan risikonya.

Presiden Sandakan AIDS Support Group Association (SAGA), Dr Zaitun Yahya menjelaskan ketika diwawancara oleh Wartawan Sabahkini.Net mengenai punca-punca HIV dan AIDS sempena menyertai Program Pusat Khidmat Rakyat anjuran Ahli Parlimen Batu Sapi di Dewan Serbaguna TADIKA Thai Tung Taman Mawar, kelmarin.

Katanya, terdapat 3 faktor pertama melakukan seks rambang dengan pasangan masing-masing; kedua berkongsi jarum bagi mereka yang ketagihan dadah dan ke 3 ibu yang mengandung yang dijangkiti suami yang melanggan pelacur dan sebagainya.

Kata Dr Zaitun lagi, ketiga-tiga faktor itu jika dapat dielak, boleh menghindari masyarakat, khususnya kaum remaja daripada dijangkiti virus HIV mahupun AIDS.

Sambil menjelaskan dengan terperinci, SAGA ditubuhkan khususnya di daerah Sandakan bertujuan untuk memberikan kesedaran dan maklumat tentang HIV/AIDS kepada orang awam; khususnya kepada golongan muda yang berisiko tinggi yang membabitkan remaja, wanita dan kanak-kanak.

Katanya lagi dengan memberi kesedaran tentang bahayanya HIV dan ‘Practice Safe Sex’ melalui ‘Harm Reduction Program’ kepada golongan berisiko diharap penularan HIV dapat dikurangkan.

ALBUM…. Dr Zaitun bergambar dengan sebahagian ahli jawatankuasa SAGA yang menyertai program tersebut.

“Di samping itu, untuk golongan remaja ‘abstinence’ atau menguatkan daya kekuatan penahanan seks rambang, SAGA juga bertujuan ingin menjadi satu platform untuk menerapkan agama untuk pengubahan diri,” jelas Dr Zaitun.

Bagi orang ramai yang ingin mendapat khidmat nasihat dan maklumat lanjut tentang HIV/AIDS untuk membuat saringan HIV secara percuma atau menghadiri kaunseling di Klinik Kesihatan bagi mendapatkan tindakan susulan; mereka boleh datang ke pejabat SAGA yang terletak di Taman Indah, Old Town White Coffee.

Dr Zaitun selanjutnya berkata, matlamat utama SAGA adalah untuk mempromosi amalan hidup sihat tanpa AIDS; di samping menjurus kepada kaunseling tentang HIV/AIDS; membuat saringan antibody HIV secara percuma; mengurangkan diskriminasi terhadap pesaki HIV/AIDS; promosi seks secara selamat (Abstinence, Be faithful and Condom) dan kordinasi kumpulan sokongan untuk mengendalikan isu semasa.

No comments:

Post a Comment