Wednesday 14 September 2011

SAYAP AYAM RM2 SEKETUL DI KUNAK?



Oleh : CITRA MASADI

KERAJAAN 1Malaysia yang berbangga dengan slogan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ semakin dihina di Kunak, bukan sahaja kerana masalah bekalan air paip, malah kenaikan mendadak sayap ayam panggang yang dijual di pasar malam daripada RM1.20 kepada RM2 setiap satu.

“Sungguh tidak berperi kemanusiaan, tetapi itulah hakikatnya kerana kerajaan membenarkan kenaikan harga sayap mentah kepada RM12.50 sekilo sehingga memaksa kami jual RM2 satu kepak,” ujar Murusalim, salah seorang penjual sayap ayam di pasar malam Kunak.

Menurut Murusalim, beliau tidak mempunyai pilihan kerana kenaikan mendadak harga sayap sayam mentah daripada RM9.00 kepada RM12.50 menyebabkan mereka tidak mempunyai pilihan lain, melainkan menyerap kos bahan mentah kepada pengguna.

Manakala seorang pelanggan, Mursin Kallang, 40, ketika ditemui mengesahkan beliau terkejut kerana dikenakan harga RM20 bagi 10 sayap ayam panggang yang dibelinya dari pasar malam, sedangkan sebelum ini hanya RM12.00 iaitu RM1.20 bagi setiap sayap ayam yang dijual di pasar malam.

“Kita tidak sangka naik mendadak, tapi apa boleh buat kita adukan ke pejabat KPDNKK pun buang masa saja. Mau tidak mau beli sajalah,” kata Mursin yang meminta KPDNKK memantau dan mengenakan denda mengikut Akta Anti Percatutan 2010.

No comments:

Post a Comment