Wednesday 21 September 2011

SOAP PERHEBAT KEMPEN OSTEOPOROSIS



BINCANG....Kelihatan Ahli Jawatankuasa SOAP sedang meneliti agenda yang bakal dibincangkan.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

SANDAKAN Osteoporosis Awarenness Program (SOAP) yang baru ditubuhkan di Sabah, khususnya di Daerah Sandakan akan dilancarkan pada 28 Oktober ini di Dewan Warga Tua, Sri Harapan, Batu 5, Jalan Sibuga, Sandakan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana penganjur, Puan Vianny Gimbat, berkata demikian ketika mempengerusikan pembentukan jawatankuasa kecil program tersebut di Bilik Gerakan, Cheshire Home, di sini kelmarin.

Katanya, sempena pelancaran program kesederan penyakit tulang itu, pelbagai program akan diketengahkan sebagai hiburan sampingan untuk para pengunjung yang menghadiri majlis tersebut agar tidak sunyi; antaranya ialah Persembahan Aerobik, Tai Chi Qigong, persembahan tarian kebudayan dan persembahan nyanyian karaoke.

Selain itu, kata Vinanny, pihak penganjur akan menjemput beberapa pencaramah daripada badan-badan NGO mengenai kesihatan khususnya yang berkaitan dengan penyakit tulang di kalangan warga tua.

Dalam perbincangan selama 2 jam itu, pihak penganjurkan telah memberi persetujuan untuk menjemput Ahli Parlimen Batu Sapi, Datin Lin Tsen Thau Lin untuk menyempurnakan program yang akan diadakan bermula dari jam 7.30 pagi dan berakhir hingga jam 1.30 petang.

No comments:

Post a Comment