Friday 30 September 2011

TAKAFUL PAYUNGI KASIH, SIRAMI KEHIDUPAN



TERIMA KASIH...Fatimah menerima cek Takaful yang disampaikan oleh Awang Yusof.

Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

KASIH sayang tidak hanya pada yang hidup; sebaliknya mereka yang meninggal dunia lebih kasihkan kita yang masih tinggal di dunia kerana perancangan kewangan yang dibuat adalah untuk keluarga tersayang meneruskan kehidupan walau apa yang terjadi.

Sejajar dengan Sabda Junjungan Nabi Besar Muhammad s.a.w, “Sesungguhnya engkau tinggalkan pewaris kamu (anak/keluarga/isteri) dalam keadaan kaya lebih baik, daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan fakir meminta-minta kepada manusia. Dan apa yang kamu nafkahkan terhadap keluarga kamu mengharapkan reda Allah kamu akan diberi pahala, sehinggakan sesuap makanan yang kamu suapkan ke dalam mulut isteri kamu, akan diberi pahala oleh Allah”.

Demikianlah bukti cinta abadi Allahyarham Muhamed Ferian Masang, 22, yang meninggal dunia pada 1 Ogos 2011 dalam kemalangan maut ketika Bas Sekolah yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan di Batu 22, Sakilan Desa, Jalan Sandakan-Kota Kinabalu kerana telah meninggalkan waris sejumlah RM RM166,888 hasil daripada pelan Takaful Ikhlas.

Kakak Allahyarham, Fatimah Masang, 36, yang menerima cek pertama sejumlah RM100,000 daripada Pengurus Unit Takaful Cawangan Sandakan, Awang Yusuf di di Bandar Maju, Sandakan, tengahari kelmarin, merupakan pewaris sah yang dinamakan dalam pelan insuran berkenaan.

“Saya tidak sangka Allahyarham begitu sayangkan keluarga dan telah membuat perancangan awal buat keluarga. Bagi kami beliau masih hidup kerana kasihnya tetap memayungi kami,” kata Fatimah dalam nada sebak sambil menyeka air mata.

Dalam pada itu, Awang menjelaskan bahawa cek sejumlah RM100,000 sebagai pembayaran pertama bagi manfaat Kematian kepada pelanggannya yang membeli skim ansuran perlindungan Takaful bermula dari 30 Jun 2006 dengan kadar bayaran ansuran bulanan RM110.

KENANGAN....Pegawai dan Kakitangan Takaful IKHLAS bergambar dengan penerima sumbangan Fatima Masang.

Awang menjelaskan, Takaful Ikhlas Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan perlindungan kewangan berlandaskan Syariah menyerahkan cek tuntutan pelan IKHLAS Savings Takaful yang keseluruhannya berjumlah RM166,888 melalui agensinya, Azman Taib Agency (ATA-SABAH).

Katanya lagi, Takaful Ikhlas amat bersimpati terhadap keluarga Allahyarham Muhamed Ferian di atas kejadian yang telah menimpa beliau.

“Namun begitu tindakan bijak Allahyarham menyertai pelan perlindungan IKHLAS Servings Takaful membolehkan keluarga yang ditinggalkannya dapat meneruskan kehidupan bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung keluarganya,” kata Awang lagi yang memberi jaminan baki sejumlah RM66,888 akan dibayar kemudian

No comments:

Post a Comment