Sunday 4 September 2011

TIADA KEPERLUAN TAMBAHAN KERUSI DI SEMPORNA



Oleh : MEDIA USNO

TIMBALAN Presiden Penaja USNO, Abdullahsani Haji Abdul Salleh membidas kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung terdapat keperluan untuk menambah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Sabah.

“Sebarang pertambahan kerusi hanya untuk mengukuhkan cengkaman Umno di Sabah dan walaupun terdapat kawasan yang luas tetapi bukan dihuni manusia, malah makhluk yang tidak boleh mengundi, terutama di Kinabatangan dan Silam,” ujar Abdullahsani yang tidak bersetuju dengan penambahan kerusi di Sabah kerana dianggap hanya menguntungkan Umno dan membunuh demokrasi.

Abdullahsani menegaskan kenyataan Shafie di rumah Rumah Terbuka Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail hanyalah bersifat peribadi dan angan kosong Umno yang bimbang kehilangan semua kerusi di Semenanjung Malaysia pada pilihanraya umum akan datang.

“Sepatutnya kerusi DUN di Semporna dikurangkan kerana tiga adun dan satu parlimen di sebuah Pekan Lanun adalah keterlaluan dan membazirkan peruntukan kerajaan; sedangkan kawasan Semporna masih terketinggalan 30 tahun di belakang Lahad Datu dan Sandakan,” ujar Abdullahsani yang berpendapat 60 DUN sudah berlebihan bagi Sabah; sedangkan Sabah lebih selesa dan wibawa ketika diwakili 48 Adun dan 6 Adun Lantikan berbanding sekarang.

No comments:

Post a Comment