Saturday 10 September 2011

TOLAK JAMBATAN SIMEN, DAKYAH PEMBANGKANG



BUAH TANGAN.....Hj Kahar menerima buah tangan daripada Liew.

Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

RAKYAT khususnya penduduk di Kampung Sim-Sim, Berhala Darat, Sandakan disaran supaya menyokong dasar-dasar kerajaan yang memerintah, khasnya Barisan Nasional (BN) agar mempermudahkan kerajaan menyalurkan pelbagai projek pembangunan rakyat di kawasan yang diwakili dengan lancar.

Dasar kerajaan BN yang telah diberi mandat oleh rakyat adalah untuk membela nasib rakyat, sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar dalam perbagai aspek bukan sekadar fokus kepada pembangunan asas sahaja; bahkan pendidikan serta ekonomi rakyat juga diutamakan dan dipelihara agar mereka hidup dalam sejahtera.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Kiong berkata demikian ketika memberita taklimat ringkas sempena kunjungannya berhari raya di rumah Ketua Kampung, Jambatan 24, Sim-Sim Sandakan, Haji Kahar, kelmarin.

Sebagai Ahli Parlimen Malaysia (Sandakan) yang dipilih melalui mandat proses pilihanraya umum ke 12 lalu, kata V.K.Liew, beliau tidak akan melupakan jasa-jasa pengundi yang memberikan kemenangan kepada BN.

“Saya sentiasa menjaga kebajikan semua pengundi tidak mengira kaum dan fahaman ideologi politik dalam memberikan bantuan yang diperlukan, sejajar dengan konsep 1 Malaysia. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan,” ujarnya V.K.Liew.

Katanya lagi, di mana-mana kampung di kawasan Parlimen Sandakan yang belum mendapat projek, seperti pembinaan jambatan dan sebagainya; haruslah bersabar menunggu giliran kerana untuk memohon bagi mendapatkan peruntukan di satu-satu kementerian agak memakan masa kerana perlu ditapis dan diteliti dengan terperinci mengikut keutamaan kawasan.

V.K.Liew berkata, mengenai pembinaan jambatan konkrit di Kampung Sim-Sim yang disalurkan oleh kerajaan; ada segelintir penduduk tidak mahu menerima kemudahan tersebut dan dengan angkuh mereka menyatakan projek sedemikian satu pembaziran wang rakyat dan tidak bersetuju beliau membina jambatan simen dan mahukan jambatan kayu seperti yang sedia ada.

“Ini sebenarnya pendapat penyokong pembangkang sahaja, namun rakyat menyokong dan berterima kasih kepada kerajaan yang begitu prihatin memberikan kemudahan asas tersebut,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment