Friday 16 September 2011

TONGOD BAKAL PENGELUAR DURIAN MERAH



TANAM....Masiung kelihatan sedang menanam anak pokok durian merah sambil diperhatikan oleh Pegawai Daerah Tongod.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto :SAFFIE S JUMADI

DURIAN Merah adalah merupakan makanan tradisi etnik kepada masyarakat Sungai di Sabah sejak zaman berzaman lagi dan semakin sukar ditemui kerana ia merupakan pokok tumbuhan liar yang semakin pupus, khususnya di hutan-hutan tebal (Belantara).

“Saya sudah bincangkan isu ini dengan Jabatan Pertanian supaya kerajaan mengambil kira mengenai penanaman semula pokok durian merah ini dan membuat kajian untuk mempopularkan durian merah sebagai ‘Trademark’ daerah Tongod sebagai daerah pengeluar utama durian merah di negeri Sabah.”

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Masuing Banah, berkata demikian di majlis Penyampaian Bantuan Insentif Baja, Racun Rumpai dan Benih penanaman padi Bukit tajaan Jabatan Pertanian kepada Pengerusi JKKK Kampung Salat Lingungan di Dewan Serbaguna Kampung Tongondon, tengahari kelmarin.

Katanya, pihak Jabatan Pertanian telahpun menyediakan 1,000 anak pokok durian merah dengan keluasan tanah 1,000 ekar untuk ditanami pokok-pokok tersebut.

Dalam 1,000 pokok yang kini sudah ditanam di Kampung Tongodon, kata Masiung, jika berhasil mengeluarkan buah durian merah; bukan sahaja mampu digiatkan sebagai satu Pesta Durian Merah di tamu-tamu besar; bahkan pihaknya akan meminta FAMA membuat kajian untuk mempelbagaikan kegunaannya, seperti perisa aiskrim, kosmetik dan sebagainya.

SERAH....Pegawai Pertanian James Arah menyerahkan Tong Racun kepada Pengerusi JKKK sambil disaksikan oleh Masiung dan Pegawai Daerah Tongod.

“Saya sebagai Wakil Rakyat Kuamut, saya akan terus bersama-sama rakyat di kawasan Kuamut khususnya di kampung Tongodon untuk memberi bantuan yang ada hubungan kait dengan pertanian yang diperlukan,” tegasnya.

Ini jelas kata, Masiung kita sering mendengar isu tanah semakin hangat diperkatakan di sana sini dan tuntutan masyarakat menginginkan keluasan tanah seluas 50 ekar sehingga 500 ekar; tetapi mereka tidak memikirkan untuk memanfaatkan semaksima mungkin tanah yang mereka perolehi sama ada secara berkelompok atau persendirian.

“Kerajaan BN menyediakan pelbagai peluang dan subsidi tananam termasuk DUN Kuamut juga memain peranan merancang bagi mempertingkatkan taraf hidup penduduk, khususnya di kawasan luar bandar,” kata Masiung lagi.

Pelbagai perancangan telah dilaksanakan supaya taraf kehidupan penduduk bukan saja di kampung Tongodon, bahkan keseluruhan kawasan lingkungan DUN Kuamut, bertambah baik kerana sebidang tanah berupaya menanam bermacam-macam jenis tanaman seperti sawit, padi bukit mahupun durian merah, seraya mendesak golongan belia luar bandar untuk sama-sama berkecimpung menjadi petani moden.

No comments:

Post a Comment