Wednesday 28 September 2011

UMNO SANDAKAN SOKONG NAJIB HAPUS ISA



TEMUBUAL....Tan Sri Ampong sedang diwawancara oleh Sabahkini.Net.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

KETUA Bahagian UMNO Sandakan, Tan Sri Hj Ampong KK Hj Puyon menyambut baik keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tan Sri Ampong berkata demikian kepada wartawan Sabahkini.Net sejurus selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri USIA Bahagian Sandakan yang dilangsung di Restoran Moden Selera, Sandakan, kelmarin.

Ampong berkata, kerajaan menggunakan akta tersebut ialah semasa Darurat iaitu menentang kegiatan subversive komunis sejak 1960 lagi, tetapi tidak sesuai untuk era kemerdekaan.

Namun kata Ampong, walaupun ISA telah dimansuhkan, tetapi tidak bererti rakyat khususnya parti pembangkang boleh sewenang-wenangnya menimbulkan huru-hara dengan mengeluarkan kata-kata yang berbentuk hasutan dan boleh mengancam kedaulatan dan keselamatan Negara.

“Masih ada akta lain yang boleh dikenakan sekiranya rakyat membuat kucar-kacir dalam negara ini, walaupun ISA sudah dimansuhkan,” katanya lagi.

ALBUM... Timbalan Yang Dipertua USIA Tan Sri Ampong bergambar bersama ahli-ahli USIA Sandakan.

Sebagai soalan tambahan mengenai peranan badan USIA yang merupakan badan dakwah NGO, Ampong yang juga sebagai Timbalan Yang DiPertua USIA Negeri Sabah menjelaskan bahawa USIA ditubuhkan sejak tahun 1963 lagi, berfungsi sebagai badan dakwah Islamiah sehinggalah ke hari ini.

USIA katanya, pernah menjadi Badan Tadbir Agama Islam negeri semasa pemerintahan zaman USNO selama 13 tahun; sehingga tahun 1975 apabila kerajaan Perikatan Negeri jatuh ke tangan parti BERJAYA.

Walaupun selepas itu, USIA tidak lagi menjadi badan tadbir, namun sebagai badan dakwah, USIA terus maju ke hadapan bagi memainkan peranannya menyebarkan syiar Islam.

No comments:

Post a Comment