Tuesday 25 October 2011

40 ENJIN SANGKUT TUTUP MULUT PEMBANGKANG?



Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : FADHIL MOHD AWANG HASHIM

SEBAGAI wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat pada pilihanraya, kita tidak boleh lari daripada memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pucuk pimpinan kerajaan Barisan Nasional membantu rakyat dalam pelbagai aspek.

Tugas ini sudah menjadi dasar kerajaan BN di setiap kawasan yang diwakili dan harus dibangunkan dengan pelbagai prasarana agar dapat dinikmati oleh rakyat dengan selesa dan memuaskan.

Sehubungan itu, rakyat juga wajib menyokong dasar-dasar kerajaan yang memerintah pada hari ini, agar semua program kerajaan dapat disalurkan dengan mudahnya ke setiap kampung yang masih kekurangan prasarana.

Wakil Rakyat kawasan Sekong, Datuk Haji Samsudin Yahya berkata demikian di majlis penyerahan bantuan enjin sangkut 15hp kepada 40 orang nelayan di Kampung Terusan Baru, kira-kira 49 batu nautika dari bandar Sandakan.

“Ini adalah janji saya setiap kampung di bawah jagaan saya sebagai Wakil Rakyat kerana saya prihatin kepada penduduk, khususnya kaum nelayan yang masih memerlukan bantuan daripada kerajaan secara berperingkat-peringkat dan bergilir-gilir,” ujarnya.

Dengan adanya bantuan enjin tersebut, kata Samsuddin, para nelayan kecil dapat meneruskan usaha mereka menangkap ikan bagi meningkatkan pendapatan mereka bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Kata Samsudin lagi, dakwaan parti pembangkang kononya rakyat di kawasan Batu Sapi mahupun Sekong, khususnya di kampung-kampung di kepulauan persisir pantai yang terpinggir dalam arus kemajuan dan kemudahan asas sebagai taktik kotor dan propaganda untuk meraih simpati sokongan rakyat.

“Rakyat pada hari ini telah sedar dan tidak buta hati mereka bijak menilai dan tidak mudah digula-gulakan seperti di tahun-tahun 80-an untuk terpengaruh dengak dakyah-dakyah songsang yang dilemparkan kepada pemimpin kerajaan BN dan sentiasa menitikberatkan dalam aspek pembangunan, pembangkang hanya pandai dan bijak bercakap, tapi habukpun tiada,” ujarnya lagi.

Menurut Samsudin, pembahagian enjin sangkut ini sebanyak 40 buah yang diageh-agehkan kepada 40 nelayan kecil Kampung Terusan baru adalah menggunakan peruntukan ADUN yang sedia ada dan kampung-kampung lainnya yang belum mendapat bantuan seumpama ini diminta bersabar menunggu giliran mereka.

No comments:

Post a Comment