Tuesday 18 October 2011

ADU KEPADA MPS, JKR AKAN SELESAIKAN!



Oleh : CHANG SHAK HUNG

ADUAN kerosakan jalan di Bandar Sandakan yang diterima Sabahkini.net pada minggu lalu, telahpun diajukan kepada Majlis Perbandaran Sandakan melalui e-aduan MPS, dan kelmarin, 17 Oktober 2011, lebih kurang jam 10.15 pagi, Sabahkini.net telah menerima panggilan daripada MPS yang menyatakan bahawa permasalahan ini telah diajukan kepada pihak Jabatan Kerja Raya untuk diperbaiki dan diselenggarakan.

Keadaan ini amat menyulitkan pengguna jalan memandangkan jalan rosak ini akan menghalang pemandu kereta meletak kereta di dalam petak yang telah disediakan kerana keadaan permukaan jalan yang berlubang serta tidak rata.

Sabahkini.net amat berterima kasih kepada Puan Maimuna daripada Bahagian Aduan Awam MPS yang memaklumkan isu ini setelah mendapat maklumat dan informasi daripada pihak atasan berhubung dengan aduan yang telah diajukan.

Menurut informasi daripada Puan Maimuna, kerosakan ini telah dirujuk kepada Jurutera Kanan Perbandaran dan telah dimaklumkan bahawa penyelenggaraan ini akan dilakukan oleh pihak JKR sungguhpun aduan diterima oleh pihak MPS sebagai sebuah institusi kerajaan tempatan.

No comments:

Post a Comment