Tuesday 11 October 2011

AMBIL TINDAKAN ATAU LETAK JAWATAN?



Oleh : MUTALIB M.D

MENTERI Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Haji Noor dicabar mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menggunakan Sijil Anak Negeri Palsu; termasuk mereka yang bersubahat mengeluarkan pengesahan, atau meletakkan jawatan serta merta kerana menderhaka kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong.

Mantan Ketua Kampung, KK Basri Ayad, menyifatkan Hajiji gagal memastikan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dilaksana iaitu menjaga kepentingan Anak Negeri Sabah, sekaligus menghina DYMM Yang Di Pertuan Agong.

"Di mana logiknya dan atas undang-undang apa, Ketua Daerah Kota Kinabalu boleh yang mengesahkan seseorang itu Anak Negeri, sedangkan butiran peribadinya mengesahkan dia lahir di Negara China dan kedua ibu bapanya juga adalah warganegara China?" tanya KK Basri yang mempersoalkan butiran lanjut salasilah keturunan Pemilik Melangking Oil Palm Plantation Sdn. Bhd, Hon Chung Lip.

Menurut KK Basri, beliau adalah antara pemohon tanah yang telah menjadi mangsa kekejaman Hon Chung Lip bersama seorang rakan niaganya, Wong Teck Sing yang menggunakan pegawai di kementerian Hajiji sebagai ‘Benteng Terakhir’ mempertahankan ‘harta rampasan’ (Tanah Adat) sedangkan Mahkamah Tinggi telah mengesahkan penama berkenaan ‘Bukan Anak Negeri Sabah’.

KK Basri mendakwa beliau sedang merunding dengan beberapa Peguam di Sabah untuk mengatur langkah mengheret kedua-dua Penjenayah Anak Negeri (Hong Chun Lip dan Wong Teck Sing) ke muka pengadilan, walaupun dia tahu mereka sentiasa diberi perlindungan oleh beberapa pegawai Mahkamah Anak Negeri dan Majlis Hal Ehwal Anak Negeri.

(Sila klik objek untuk kelihatan lebih jelas)

Dalam hal ini, KK Basri mengulangi tuduhannya bahawa Ketua Daerah Kota Kinabalu bersama beberapa kakitangan lain di Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu serta Pegawai di ‘Mahkamah Rayuan Anak Negeri Daerah Kota Kinabalu’ yang di ketuai oleh Mayor Kota Kinabalu adalah 'Syaitan Bertopeng Manusia'.

“Mereka cukup hebat berlakon, kononnya sentiasa menjaga kepentingan kaum Anak Negeri, tetapi di sebalik tirai merekalah ‘Syaitan Durjana’ yang melindungi kepentingan tauke yang menggunakan Sijil Anak Negeri Palsu untuk merampas hak Anak Negeri Sabah,” kata KK Basri yang kesal kerana Hajiji turut menjadi petualang dan dalang.

Kata KK Basri, beliau mempunyai cukup bukti bagaimana mereka ini berlakon untuk melindungi ‘Sijil Anak Negeri Palsu dan Haram’ yang dimiliki oleh Hon Chung Lip, Wong Teck Sing, Kwan Ah Hee, Kwan Ngen Wah, Kwan Ngen Chung dan beberapa tauke lain.

"Beberapa ahli keluarga saya telahpun memfailkan permohonan mereka meminta supaya sijil yang ada dan digunapakai oleh individu berkenaa di semak semula, tetapi dukacita sekali Kakitangan Pejabat Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu bersama Kakitangan Pejabat Mahkamah Rayuan Anak Negeri Daerah Kota Kinabalu mencipta pelbagai alasan atau dalih untuk tidak mendengar rayuan yang difailkan," tambah KK Basri yang menyifatkan Hajiji sebagai pemimpin UMNO yang gagal.

Sehubungan itu kata KK Basri, beliau mengesyorkan kepada Hajiji agar kembali mengucap dua kalimah syahadah dan beristigfar sebelum meneruskan cadangan untuk membina bangunan Mahkamah Anak Negeri dengan harga puluhan juta ringgit .

“Pemimpin munafik seperti Hajiji, sewajarnya kembali sedar bahawa tanggung jawabnya untuk melindungi hak dan kepentingan Anak Negeri Sabah amat berat. Beliau perlu membersihkan barisan kepimpinan di Mahkamah Anak Negeri yang menjadi 'dalang dan pengkhianat’ kepada Anak Negeri,“ kata KK Basri yang menyebut bahawa bangunan baru tidak memberikan sebarang makna kepada penambahbaikan sistem pentadbiran yang kucar kacir di Mahkamah Anak Negeri.

Kata KK Basri, apalah ertinya Bangunan Mahkamah yang tersergam indah tetapi yang bertugas di sana adalah ‘pengkhianat durjana’.

"Yang mengkhianiati Anak Negeri adalah individu yang dilantik menjadi Ketua Daerah atau Pegawai Mahkamah yang tidak amanah seperti OKK William Mojimbun, Azmi Salim dan Mayor Kota Kinabalu," tegas KK Basri yang mencabar Hajiji agar menyiasat segala tindakan mereka selama ini yang telah menyebabkan ribuan penduduk Kinabatangan menjadi mangsa.

Tetapi kata KK Basri, ada baiknya Hajiji meletakkan jawatan sahaja kerana rakyat Sabah tidak perlu menteri yang hanya tahu retorik tetapi gagal menyelesaikan walau satupun masalah yang menimpa kaum Anak Negeri.

KK Basri mendakwa, adiknya turut menjadi mangsa perbuatan durjana OKK William Mojimbon yang diketahui umum pembela kepada pemegang Sijil Anak Negeri Palsu bernama Kwan Ngen Wah dan Kwan Ngen Chung kerana pernah cuba memfailkan permohonan penyemakannya di Mahkamh Anak Negeri Kota Kinabalu.

Kerani di Kaunter Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu kata KK Basri, memberi tahu adiknya supaya memfailkan permohonan penyemakan di Pejabat Mayor Kota Kinabalu.

“Tetapi setibanya di Pejabat Mayor Kota Kinabalu, adik saya, Ternuna Binti Ayad diberi tahu oleh kerani di Pejabat Mayor bahawa mereka tidak boleh menerima permohonan tersebut!,” jelas KK Basri.

KK Basri dengan penuh yakin telah menyerahkan sepucuk surat yang telah dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri, ketika itu, Said Hinayat; yang kandungannya menyatakan Kwan Ngen Wah dan Kwan Ngen Chun adalah Anak Negeri dari suku Kadazan.

Menurut KK Basri, surat tersebut diperolehi daipada Sabahkini.net, sementara sepucuk surat lagi yang dikeluarkan oleh Said Hinayat juga mengesahkan bahawa Hon Chung Lip bersama rakan kongsinya bernama Wong Teck Sing juga adalah seorang Anak Negeri dari suku kaum Sino Kadazan.

Hon Chung Lip bersama Wong Teck Sing kedua-duanya adalah anak kelahiran bangsa Cina kerana sijil lahir Wong Teck Sing No siri 16863 menyatakan ibu bapanya berbangsa Cina.

“Justeru bagaimana OKK William dan Said Hinayat boleh mengesahkan bahawa mereka anak berdarah Kadazan? Dari mana darah Kadazannya datang?" soal KK Basri yang mencabar Hajiji mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Daerah Kota Kinabalu dan Mayor Kota Kinabalu atas tindakan mereka menafikan tuntutan kaum Anak Negeri.

Kata KK Basri lagi, jika Hajiji tidak berani, lebih baik jangan menjadi menteri kerana Anak Negeri Sabah sekarang memerlukan menteri yang mampu menyelesaikan masalah mereka dan bukannya menteri yang hanya pandai bersilat lidah seperti Hajiji dan yang seangkatan dengannya.

No comments:

Post a Comment