Wednesday 12 October 2011

ANUGERAH ADAU JANANG GAYUH 2012



Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

PERSATUAN Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) akan mengadakan majlis Anugerah Adau Janang Gayuh 2011 pada 23 Oktober depan bertempat di Hotel River Park, Beaufort.

Anugerah Adau Janang Gayuh merupakan salah satu acara rasmi tahunan sempena sambutan Adau Janang Gayuh yang dirayakan oleh masyarakat Bisaya di negeri ini.

Program ini bertujuan untuk memberikan penghormatan, penghargaan serta pengiktaran kepada individu dari masyarakat Bisaya yang berjaya dan menyumbang bakti bagi mengangkat martabat masyarakat itu dalam pelbagai bidang yang ditetapkan oleh (PBBS).

Majlis pemilihan anugerah bagi tahun ini dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PBBS, Kamarlin Haji Ombi.

Setiausaha Agung PBBS, Awang Anak Abd.Sani berkata tahun ini tiga kategori utama anugerah diberikan iaitu Pingat Seri Setia Janang, Pingat Ahli Setia Janang dan Pingat Setia Janang.

Difahamkan Allahyarham Mata-Mata Jadeh Haji Hassan yang terkorban semasa rusuhan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur adalah antara calon yang bakal menerima antara satu daripada anugerah bagi kategori utama ini.

Selain itu katanya, anugerah lain termasuklah Anugerah Wira Kencana, Anugerah Keluarga Contoh, Anugerah Usahawan Jaya, Anugerah Perkhidmatan Swasta, Anugerah Perkhidmatan Awam, Anugerah Wira Akademik, Anugerah Karyawan Seni, Anugerah Khas Janang Gayuh dan Anugerah Tunas Harapan.

Mengulas lebih lanjut anugerah Pingat Seri Setia Janang (SSJ), Awang Anak berkata ianya merupakan pingat khas kepada Ahli Majlis Tertinggi PBBS, Individu masyakarat Bisaya yang telah berjasa melebihi dari kebiasaannya kepada persatuan, sekurang-kurang tiga penggal perkhidmatan dalam persatuan.

Sementara Pingat Ahli Setia Janang (ASJ) merupakan pingkat khas kepada AMT yang telah dapat mengangkat dan melonjakkan PBBS ke tahap yang cemerlang dari segi keaktifan, kelancaran dan yang setaraf dengannya melebihi kebiasaan.

Bagi Pingat Setia Janang (SK) diberikan kepada individu yang telah menunjukkan komitmen serta kesungguhan dalam menaikan nama Persatuan PBBS sehingga dikenali dan dihormati oleh masyarakat lain.

Majlis penyampaian anugerah akan dihadiri dan disempurnakan oleh Presiden PBBS yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dan turut dihadiri oleh Timbalan, Naib-Naib Presiden juga barisan ahli Majlis Tertinggi (PBBS).

No comments:

Post a Comment